Setelah berjaya meraih 2 kemenangan berturut-turut, Kajang Ultimate FC meneruskan rekod cemerlang mereka selepas mudah menewaskan Puchong Fuerza FC 3-1 dalam aksi kumpulan A di Stadium Panasonic Shah Alam malam semalam.
Sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan, kedua-dua pasukan galak menyerang untuk mencari jaringan pembukaan dengan banyak bentesan-bentesan buruk dilakukan.
Situasi ini membuatkan momentum perlawanan sedikit terganggangu kerana pengadil kerap kali terpaksa menghentikan permainan seketika untuk memberi laluan kepada pemain kedua-dua pasukan mendapatkan rawatan.
Puchong Fuerza hampir-hampir terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-10 permainan. Namun ia gagal disempurnakan penyerang import mereka, Mohamed Elruemi.
Tidak lama selepas itu, giliran Kajang Ultimate pula menguji benteng pertahanan Puchong Fuerza. Namun hantaran lintang bek sayap mereka, Haedar Abdul Halim sedikit tersasar ketika penyerangnya sudah berada di posisi terbaik untuk menewaskan penjaga gol.
Puchong Feurza yang menggunakan formasi 4-4-2 nyata kelihatan bergelut untuk menguasai jentera tengah Kajang Ultimate yang menggunakan formasi 3-5-2.
Kestabilan jentera tengah Kajang Ultimate banyak memberi ruang buat bek sayap mereka untuk naik menyerang sebelum membuat larian-larian blind side yang melepasi kawalan bek sisi Puchong Fuerza.
Sekali-sekala, pemain import Puchong Fuerza, Abdurazzaq Alkanouni menghadirkan juga keresahan buat pertahanan Kajang Ultimate lantaran kualiti teknikal dan skil beliau yang baik.
Namun tanpa larian sokongan daripada rakan-rakan sepasukannya, gerakan licik Abdurazzaq mudah dimatikan oleh barisan 3 pertahanan tengah Kajang Ultimate.
Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Puchong Fuerza tampil lebih agresif pada separuh masa kedua menerusi serangan-serangan pemain sayap mereka.
Hasilnya 4 minit selepas separuh masa kedua bersambung, Puchong Fuerza berjaya mendahului 1-0 selepas rembatan deras Abdurazzaq dari kuar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol Ultimate, Hafiz Danial hanya mampu melihat gawang golnya dibolosi.
Namun selepas mendapat jaringan pendahuluan, Puchong Fuerza mula hilang fokus.
Akibatnya pada minit ke-54, gawang Fuerza dibolosi juga selepas barisan pertahanan mereka gagal menjaga Dzul Haikal Shamery dalam kotak penalti yang menanduk masuk jaringan penyamaan Kajang Ultimate.
6 minit kemudian, kealpaan barisan pertahanan Puchong Fuerza sekali lagi dihukum oleh Kajang Ultimate. Kali ini kegagalan mereka bertahan dalam situasi sepakan percuma dibalas dengan gol jarak dekat Hafiz Danial yang tidak dikawal.
Selang 2 minit selepas gol Hafiz, giliran Saiful Safaiz Rahman pula menambah derita Puchong Feurza berikutan kegagalan barisan pertahanan mereka yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Dengan kemenangan 3-1 ini, Kajang Ultimate FC mejadi pasukan pertama dalam Selangor Champions League yang mengekalkan rekod kemenangan 100% setakat ini.
Manakala ini ini pula merupakan kekalahan pertama buat Puchong Feurza selepas seri 2 perlawanan sebelum ini.
Statistik perlawanan