Pemain muda sensasi Bayer Leverkusen, Kai Havertz merupakan ‘barang panas’ yang sedang menjadi rebutan kelab-kelab besar di Eropah ketika ini.
Baru berusia 20 tahun, pemain kelahiran Aachen ini sudah pun menjaringkan 30 gol dalam saingan Bundesliga sejak penampilan pertamanya pada umur 17 tahun pada Oktober 2016.
Budak kampung
Kisah hidup Havertz bermula di sebuah kampung di Mariadorf, utara wilayah Aachen. Di situlah tempat beliau dibesarkan dan memanjat satu demi satu anak tangga untuk muncul sebagai salah seorang pemain terbaik dalam dunia bola sepak hasil dari sokongan dari keluarganya.
“Atuk saya yang paling beriya galakkan saya bermain bola sepak. Dia adalah orang pertama mengajar saya mencintai sukan ini. Abang dan ayah saya juga pernah bawa saya bermain bola sepak ketika saya masih kecil.
“Dalam keluarga saya, semua orang ‘gilakan’ bola sepak. Di sekeliling kami semuanya berkisarkan bola sepak. Jadi saya membesar dalam suasana seperti itu dan daripada situlah minat kepada sukan ini semakin besar.” kata Havertz dalam tembual bersama laman web Bundesliga.
Hasilnya, ketika baru berusia 4 tahun, beliau sudah pun menyertai program latihan bola sepak di sebuah akademi kelab bola sepak tempatan, Alemannia Mariadorf yang dipengerusikan sejak sekian lama oleh datuknya, Richard.
“Sejak saya kecil lagi, orang sudah bercakap mengenai potensi saya untuk pergi lebih jauh dalam kerjaya ini, tetapi ianya memerlukan 10 hingga 12 tahun lagi untuk berpeluang beraksi di Bundesliga atau mana-mana liga utama yang lain.”
Sepanjang bersama kelab kecil itu, Havertz akan sentiasa beraksi dengan pasukan yang lebih tua daripada umur sebenarnya dan ia menjadikan beliau menerima pendedahan lebih awal berbanding rakan sebanyanya yang lain.
Lebih matang dari usia
Pada 2009, ketika berusia 10 tahun, beliau menyertai Alemannia Aachen – kelab terbesar di wilayah tempat tinggalnya yang beraksi di liga divisyen kedua (Bundesliga 2) dan Havertz adalah penyokong setia kelab itu.
Namun beliau hanya kekal setahun sahaja di kelab tersebut. Bukan sebab tidak cukup bagus, tetapi kerana Havertz terlalu bagus untuk berada di sebuah kelab kecil. Pemantau bakat telah melihat cara permainannya sejak beraksi untuk Mariadorf lagi.
Ketika beraksi untuk skuad Alaemannia Aachen bawah 12 tahun (B-12) menentang skuad B-12 Leverkuson, Havertz baru berusia 11 tahun, setahun lebih muda daripada pemain lain.
“Saya tidak ingat sangat perlawanan tersebut. Rasanya kami [Leverkusen] menang 8-3, tetapi dia [Havertz] telah menjaringkan ketiga-tiga gol untuk pasukannya. Itulah kali pertama saya kagum dengan Kai.” kata Slawomir Czarnieki, jurulatih pasukan remaja di BayArena.
Kai Havertz was born in Aachen in 1999 and played the 2009/10 season with our next opponent's youth academy before joining the Leverkusen youth academy.
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) August 7, 2019
🔜 #AACB04 pic.twitter.com/yn637MFRAN
Havertz kemudian dibawa menyertai Leverkusen pada musim panas 2010 dan meneruskan pembangunan bakatnya bersama program di akademi pasukan tersebut.
Walaupun pemain kaki kiri itu pada hari ini cukup dikenali dengan ketinggiannya, tetapi ada ‘pengalaman pahit’ yang beliau hadapi untuk mendapatkan fizikal seperti itu.
“Ketika berusia 14 atau 15 tahun, saya masih salah seorang pemain yang paling kecil dalam pasukan. Kemudian saya mula malalui proses untuk melonjakkan tumbesaran tubuh badan. Perubahan fizikal amat diperlukan kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan cara kita bermain bola sepak.
“Ianya agak menyeksakan pada waktu itu terutamanya ketika beraksi untuk pasukan B-15 dan B-16. Saya tidak banyak memulakan perlawanan dan lebih kerap menghabiskan masa di bangku simpanan.”
Namun pemain berbakat sepertinya tidak menjadikan cabaran itu untuk menghentikannya. Sekalipun berdepan dengan beberapa masalah, beliau telah membantu Leverkusen menjulang kejuaraan Bundesliga B-17 pada 2016 di mana beliau telah menjaringkan 18 gol dalam 28 perlawanan.
Mencipta sejarah
Penampilan pertamanya untuk skuad utama Leverkusen adalah pada Oktober 2016, masuk sebagai pemain gantian kepada Charles Aranguiz sewaktu pasukannya tewas kepada Werder Bremen.
Musim pertama di Bundesliga, Havertz telah beraksi 24 perlawanan dan merekodkan empat gol serta enam bantuan jaringan. Pada musim tersebut juga beliau beraksi dalam tiga perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Kai Havertz (born 11/06/1999) is now the youngest player in history to represent Leverkusen in the Bundesliga debut & the #UCL. 👏👏👏 pic.twitter.com/Yz6oirFLk9
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 7, 2016
Ketika ditanya mengenai saat yang paling sukar sepanjang kariernya, Havertz menjawab ianya adalah apabila beliau perlu menamatkan peperiksaan di sekolah kerana pada masa yang sama ketika itu beliau sedang rancak beraksi selepas berjaya menembusi skuad utama.
“Saya perlu mengambil peperiksaan sekolah menengah dan dalam masa saya saya bermain dalam perlawanan DFB Pokal.
“Saya menjawab soalan peperiksaan pada hari Rabu, iaitu hanya sehari selepas saya bermain pada petang Selasa di mana perlawanan itu berlanjutan sehingga masa tambahan dan penentuan sepaakan penalti.
“Saya pulang ke rumah agak lewat dan perlu menghadapi peperiksaan pada keesokan harinya. Saya tidak mahu cakap apa yang berlaku dengan peperiksaan itu,” katanya sambil tergelak.
0⃣️ 3⃣️ days until we return to @Bundesliga_EN!
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) January 19, 2017
0⃣️ 3⃣️ questions for Kai #Havertz about finishing school this year and his #UCL debut! pic.twitter.com/ZSImedZc6F
Havertz juga mendedahkan beliau pernah terlepas untuk beraksi di peringkat 16 pasukan terakhir UCL menentang Atletico Madrid apabila Leverkuson memberikan cuti tiga hari untuk beliau menamatkan peperiksaan A-level.
Begitu juga pada awal musim keduanya, beliau terpaksa ‘mengorbankan’ empat perlawanan Bundesliga demi memberi perhatian kepada pelajaran. Namun apabila mula kembali beraksi, beliau menamatkan musim tersebut dengan menjaringkan 17 gol pada usia 19 tahun.
Selain muncul pemain termuda yang mencecah 30 gol dalam Bundesliga, beliau juga telah mencatat rekod pemain termuda yang membuat 100 penampilan di liga utama tersebut pada usia 20 tahun enam bulan.
Jelmaan Michael Ballack
Menurut bekas pemian Liverpool, Dietmar Hamann dalam temubual bersama Sky Sports, Havertz yang beraksi di posisi tengah menyerang itu mengingatkannya kepada legenda Jerman, Michael Ballack sewaktu muda.
On target during #goalmania, @bayer04_en's Kai Havertz has been compared to @Ballack! Click for more 👉 https://t.co/ryhwLO4BLS #D98B04 pic.twitter.com/wDwM1rjGod
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) April 5, 2017
“Dia mempunyai pakej yang lengkap, pemain dengan bakat semulajadi, mampu gunakan kedua-dua kakinya, tinggi dan bagus dalam perebutan bola di udara.
“Dia pemain yang serba boleh. mampu bermain di mana-mana sahaja posisi di bahagian serangan. Saya rasa Havertz adalah pemain terbaik yang ada di Jerman pada waktu ini.
“Ada ura-ura tentang Timo Werner akan ke England dan jelasnya beliau adalah jenis pemain yang berbeza, tetapi saya rasa Havertz lebih berbaloi untuk dibawa masuk ke sana.”
Kredit Foto: Getty Images