KAFA Terkejut My Inspiration Batalkan Kontrak, Meletakkan Kelantan FA Dalam Bahaya

hukuman

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terkejut dengan berita pembatalan kontrak dan kerjasama oleh Syarikat My Inspiration Sdn. Bhd yang berkuat kuasa 5 April 2019.

Dipetik daripada sumber Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Affandi Hamzah menyatakan: sepatutnya sebarang pembatalan kontrak hendaklah mengikut prosedur dan perakuan bertulis.

Affandi memberitahu, pihak KAFA tidak dapat mengulas lebih lanjut akan isu itu buat masa ini. Beliau berkata: “Selepas mendapat surat rasmi daripada pihak berkenaan, barulah KAFA boleh membuat kenyataan rasmi berkenaan perkara ini.”

Beliau kecewa kerana KAFA tidak dimaklumkan secara terus ataupun secara rasmi. Sebaliknya pihak KAFA hanya mendapat tahu akan hal itu daripada laporan akhbar.

Untuk makluman para pembaca, My Inspiration Sdn. Bhd. merupakan pemilik saham terbesar dalam KRW Sdn. Bhd.

Mereka ada pengangan saham 70% dalam pasukan Kelantan. Dan 30% lagi adalah saham yang dimiliki oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan.

Affandi menegaskan tindakan My Inspiration itu meletakkan pasukan Kelantan di dalam bahawa kerana beban kewangan yang kritikal.

Pihak Utusan Online melaporkan mereka sudah meminta komen daripada Pegawai Ekesekutif My Inspiration Sdn. Bhd Ahmad Fazli Mohammad. Fazli menyatakan pihaknya sudah menghantar surat melalui peguam syarikat mereka kepada KAFA pada 4 April 2019.

Fazli turut enggan mengulas lanjut akan perkara ini dan meminta pihak media merujuk kepada peguam mereka untuk mendapatkan sebarang maklumat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN