KAFA Tagih Sumbangan Penyokong Untuk Selesai Kemelut Kewangan

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) semalam melancarkan tabung khas untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan itu.

KAFA berada di dalam krisis kewangan dan menurut Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah, itu adalah realiti kewangan KAFA pada hari ini.

Demi meneruskan kelangsungan skuad The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan, satu tabung khas telah diwujudkan untuk membenarkan semua pihak khususnya penyokong untuk menyumbang.

Bercakap kepada Berita Harian petang semalam, Afandi dipetik sebagai berkata:

“Berikutan permasalahan dihadapi KAFA, kami tidak segan untuk menyatakan kini sedang menghadapi masalah kewangan bagi mengharungi saingan musim depan serta menyelesaikan apa-apa perkara untuk tahun ini.

“Jadi kongres (semalam) sudah menzahirkan rasa simpati dengan apa yang dialami dan membuat ketetapan supaya KAFA melancarkan satu tabung bagi tujuan pemulihan kewangan.

Foto: KAFA

“Pihak yang berhasrat membantu boleh menyumbang melalui tabung itu dan saya rasa inisiatif ini cukup baik kerana kami sediakan satu platform secara terus ke akaun KAFA,” ujar beliau ketika dihubungi oleh pihak Berita Harian.

Mana-mana pihak terutama penyokong yang mahu memberikan sumbangan, anda boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam 03111010167936 atas nama Persatuan Bolasepak Kelantan.

Baru-baru ini Kelantan FA menjadi satu-satunya pasukan yang gagal mendapatkan kelulusan untuk perlesenan kelab FAN & AFC, seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu lalu.

Kredit: Dunia Sukan

Presiden KAFA, Bibi Ramjani berkata beliau menjangkakan tunggakan pembayaran berkaitan cukai, KWSP dan PERKESO melibatkan beberapa pemain mungkin antara sebab kenapa lesen mereka masih tak lulus lagi.

“Mungkin lesen tidak diluluskan kerana tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap beberapa pemain,” ujar beliau.

KAFA dilaporkan akan bertemu dengan pihak FAM pada hari ini berkenaan isu tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN