KAFA Nafi Gugurkan Bruno Lopes Dan Mohammed Ghaddar

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khas menafikan khabar angin di laman sosial yang mengatakan 2 penyerang import pasukan Kelantan, Bruno Lopes dan Mohammed Ghaddar akan digugurkan pada jendela perpindahan kedua nanti.

Beliau menegaskan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman sosial yang mengeluarkan kenyataan bertujuan memburukkan imej badan induk tersebut.

“Terbaharu, ada satu kenyataan hari ini mengatakan Kafa akan menggugurkan Bruno Lopes atau Mohammed Ghaddar semata-mata mahu membawa masuk semula Morgaro Gomis.

“Saya tidak pernah keluarkan kenyataan seperti ini malah Kafa sendiri tak ada bincang soal pertukaran pemain import, setakat ini. Mana boleh tukar pemain sesuka hati tanpa persetujuan kedua-dua pihak,” katanya.

Bruno Lopes telah menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan Kelantan.

Bibi berkata demikian kepada Sinar Harian menjelaskan jika perkara ini dibiarkan berterusan boleh menghakis kepercayaan peminat terhadap pihak KAFA dalam menguruskan pasukan bola sepak negeri itu.

Beliau turut menyifatkan pihak yang membuat khabar angin palsu itu berniat jahat cuba menjatuhkan pasukan Kelantan dan memecah belahkan penyokongnya.

“Baru-baru ini Bruno (Lopes) dah kena, kemudian Yusri (Che Lah, pemangku jurulatih) pun terkait sama. Ada seorang pemain import ni datang ke padang dalam keadaan moyok sebab tahu dia nak kena gugur sedangkan berita mengenainya tak betul.

“Nak jatuhkan moral pemain biarlah berpada-pada. Takkanlah pasukan negeri sendiri pun kita (penyokong) tergamak nak buat macam ini. Jadi, saya harap peminat janganlah pecah belah antara pengurusan dengan pemain pasukan ini,” katanya.

Kesebelasan utama Kelantan. Foto: Wawan Faiz/CSN.

Mengenai jawatan kosong ketua jurulatih pasukan itu, Bibi turut menjelaskan KAFA akan terus memberikan kepercayaan kepada pemangku jurulatih pasukan itu, Yusri Che Lah.

“Kita berpuas hati dengan kemampuan Yusri yang bertindak berani mengubah corak permainan pasukan sehingga mencipta dua kemenangan.

“Kita yakin beliau mampu mengekalkan prestasi baiknya itu,” katanya

Katanya, pemain dilihat semakin selesa dengan Yusri namun, pihaknya mahu mendengar pendapat dan masalah mereka berkaitan perkara itu sebelum pemilihan jurulatih dibuat.

“Daripada segi lebihan pemain pula kita akan menilai laporan bulanan yang dibuat barisan jurulatih.

“Jika laporan tidak memuaskan kita akan berbincang dengan pemain itu dan tindakan akan diambil sama ada mereka akan dipinjamkan atau digugurkan bagi mengelak kita menanggung bebanan kewangan,” katanya kepada BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN