KAFA Harap MFL Dapat Pertimbangkan Semula Hukuman Sekatan Perpindahan

Khamis lepas, badan pentadbir Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan keputusan rayuan tujuh pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan geran tahunan dan sekatan perpindahan susulan kegagalan melengkapkan pendaftaran pasukan pada bulan Disember lepas.

Salah satu daripada pasukan berkenaan ialah pasukan Kelantan dan rayuan mereka telah diterima oleh MFL dengan mengurangkan pemotongan geran sebanyak 10 peratus.

Ini kerana mereka masih belum melengkapkan surat pengesahan daripada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Malah, denda sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua musim 2019 yang bermula sejak selasa lepas sehingga 29 Mei depan terhadap pasukan Kelantan dikekalkan kerana mengulangi kesalahan kali kedua berturut-turut.

Justeru itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah mahu mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam bagi membincangkan mengenai hukuman sekatan perpindahan tersebut.

Katanya dalam Utusan Malaysia, KAFA berterima kasih diatas pertimbangan MFL yang mengurangkan hukuman pemotongan jumlah geran tahunan tetapi mereka berdepan sedikit masalah dari segi persiapan pasukan. 

“Kita tetap ingin berterima kasih atas pertimbangan MFL yang mengurangkan pemotongan jumlah geran tahunan kepada 10 peratus.

“Tetapi apa yang saya lebih risau sekarang ini adalah sekatan perpindahan pemain yang memang boleh menjejaskan persiapan pasukan secara keseluruhan.

“Apatah lagi Kelantan kini di prestasi merudum dan sekiranya sekatan perpindahan ini dikekalkan, pastinya akan memberi lebih banyak masalah kepada pasukan dan saya tetap berharap MFL dapat menerima permintaan kami ini.

“KAFA sendiri memang sudah merancang nak datang berjumpa dengan Kevin dalam masa terdekat bagi berbincang dengan lebih mendalami perkara ini untuk bantu kami”, katanya.

Denda pemotongan sebanyak tiga mata akan diaktifkan ke atas Kelantan sekiranya dokumen-dokumen tertentu masih tidak diserahkan kepada MFL sebelum atau pada 22 Mei depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN