KAFA Mahu Guna Saluran Undang-Undang Cabar Keputusan FMLLP

Nampaknya, isu pemotongan mata melibatkan pasukan Kelantan bakal memasuki episod baharu.

Terbaharu, pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu mengambil tindakan undang-undang mengenai perkara ini.

Menurut Utusan Malaysia, KAFA mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap FMLLP mengenai isu pemotongan mata yang dikenakan terhadap pasukan Pantai Timur itu.

Niat jahat

Menurut Tan Sri Annuar Musa, tindakan undang-undang itu dilakukan selepas beliau menyifatkan tindakan badan penganjur liga itu seolah memilih bulu dalam melakansakan hukuman.

Bagi beliau, tindakan FMLLP hanyalah sekadar berniat jahat dan mahu menjatuhkan pasukan Kelantan.

Dalam masa yang sama, pemain import baharu iaitu Sanna Nyasi tetap akan didaftarkan sebagai pemain Kelantan dalam jendela perpindahan pertengahan tahun ini.

KAFA akan lawan, saya sudah beritahu KAFA supaya lantik peguam dan lawan. Sanna Nyasi akan tetap didaftarkan.”

Kalau kita boleh buktikan apa kita buat menepati peraturan, namun Kelantan masih dihalang mendaftar pemain baharu, kita akan bawa FAM ke mahkamah.”

Sanna Nyasi dalam aksi di MLS.

Kelantan adalah 1 daripada 4 pasukan Liga Malaysia yang dihukum potongan 6 mata liga oleh FMLLP.

Selain Kelantan, T-Team, ATM dan juga Perlis turut dihukum.

Baca juga: LBR 2017: Serian Sedia Halang Final Mini Derbi Gua Musang Dan Bachok Di Final

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN