KAFA Bakal Perkenal Logo Baharu, Kekalkan Nama ‘TRW’

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilaporkan bakal memperkenalkan logo baharu yang akan diguna mulai kempen Liga Malaysia pada musim akan datang.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilyas Khan seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar tempatan, Berita Harian.

Logo baharu tersebut disahkan oleh Bibi Ramjani sendiri sedang di dalam proses pengubahsuaian dan akan diperkenalkan kepada umum dalam masa terdekat.

Menurut Presiden KAFA itu, pengenalan logo baharu tersebut adalah sebahagian daripada langkah KAFA memberi nafas baharu buat pasukan dari pantai timur itu bagi merealisasikan kebangkitan Kelantan dalam kempen musim hadapan, sesuai dengan kehendak penyokong setia The Red Warriors (TRW).

Kredit: Goal

“Dengan lambang baharu di dada, kita berharap memberi suntikan semangat baharu kepada pemain serta penyokong yang sentiasa berada dibelakang pasukan,’ ujar Bibi Ramjani ketika mengulas mengenai perancangan KAFA itu.

Namun demikian, Bibi Ramjani berkata penggunaan nama ‘The Red Warriors’ yang sinonim dengan pasukan bola sepak Kelantan akan dikekalkan.

Ini adalah kerana TRW adalah sebuah syarikat yang berada di bawah naungan KAFA. Sebelum ini terdapat ura-ura yang melaporkan nama TRW turut akan diganti dengan nama lain untuk kegunaan pasukan itu pada musim hadapan.

Kredit: Pemilik gambar

“Tidak, nama kita kekalkan dengan TRW kerana ia nama syarikat di bawah KAFA,” kata Bibi yang juga merupakan pengerusi kepada syarikat TRW sebagai Presiden KAFA.

Dalam perkembangan lain Bibi Ramjani turut memaklumkan bahawa pihak TRW bagi pihak KAFA sedang berada di dalam proses rundingan bagi mengekalkan syarikat minuman probiotik, Yakult sebagai penaja pasukan Kelantan pada kempen Liga Malaysia pada musim hadapan.

“Semalam saya sudah berunding dengan pihak Yakult mengenai tajaannya kepada pasukan Kelantan dan ia mencapai kata positif, selepas ini KAFA akan menawarkan kontrak tajaan bagi musim depan kepada mereka,” jelas Bibi Ramjani lagi.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN