KAFA Akui Karathu Calon Jurulatih Baharu The Red Warriors

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan bekas pengendali Perak, Datuk M Karathu adalah antara calon jurulatih tempatan yang dipertimbangkan untuk dibawa masuk bagi menggantikan Sathit Bensoh yang dipecat kelmarin.

Menurut laporan media tempatan, Sinar Harian, sumber dalaman KAFA mendedahkan Karathu antara nama terbaru dikaitkan dengan pasukan itu selain beberapa jurulatih lain dari luar negara.

“Memang betul, beliau salah satu calon yang menarik minat Kafa. Selain itu ada juga dari Croatia, Iran dan Nigeria yang menghantar permohonan secara rasmi menerusi e-mel, sebelum ini.

“Setakat ini pihak Kafa sudah hubungi Karathu tetapi belum ada perbincangan lanjut melibatkan kedua-dua pihak. Ia mungkin lebih kepada bertanya khabar terlebih dahulu,” katanya.

Jurulatih dari Thailand, Sathit Bensoh dipecat susulan prestasi buruk Kelantan selepas mengharungi tiga perlawanan awal Liga Super sekali gus menyaksikan skuad kendaliannya menghuni tangga tercorot.

Pasukan Kelantan masih belum catat sebarang kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini. Sumber: KAFA, Facebook

Pembantu ketua jurulatih itu, Yusri Che Lah diberi mandat memangku tugas selaku pengendali sementara sehingga KAFA menemui calon yang sesuai untuk mengisi jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu.

Sementara itu, Karathu ketika dihubungi oleh Sinar Harian mengakui berminat untuk kembali bersama The Red Warriors selepas kali terakhir mengemudi pasukan pantai timur itu, pada musim 2011.

“Memang benar saya ada dihubungi pihak Kafa, adalah sedikit sebanyak bercakap mengenai jawatan (ketua jurulatih) itu tetapi belum ada tawaran rasmi daripada mereka. Saya rasa lebih elok kita bincang, jumpa lagi bagus mungkin (pertemuan) di Kuala Lumpur pun tak ada masalah.

“Jika anda tanya adakah saya sedia ke Kota Bharu, ya saya sanggup malah sudah bersedia sekali lagi mencurah pengalaman untuk melatih pasukan ini. Kalau tak dapat sesuatu dalam Liga Super, mungkin saya boleh usahakan piala (Piala FA dan Piala Malaysia) untuk Kelantan,” katanya.

Berdasarkan rekod, Karathu pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993 dan membawa pasukan itu mara ke separuh akhir Piala Malaysia selain mencipta sejarah membantu pasukan itu menjulang Piala Sumbangsih dan Liga Super buat pertama kali pada musim 2011.

Laporan akhbar tempatan turut menyebut kali terakhir jurulatih berusia 74 tahun itu terbabit dalam kancah Liga Malaysia pada musim 2015 ketika membimbing pasukan negeri kelahirannya, Perak. Ketika itu, pengurusan perak menggunakan istilah “direhatkan” bukan “dipecat”.

Featured image credit: Datuk M. Karathu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN