Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan terus berusaha untuk memastikan mereka berjaya mendaftarkan pemain yang baharu direkrut mereka iaitu Seydi L’Imam.
Baru-baru ini, FMLLP telah mengeluarkan kenyataan mengenai rayuan pasukan Kelantan.
FMLLP telah menerima rayuan pasukan Kelantan untuk mengurangkan hukuman potongan mata dari 6 mata menjadi 3 mata.
Tetapi 2 lagi rayuan Kelantan tidak diterima oleh FMLLP, salah satunya adalah mengenai sekatan perpindahan pemain.
Oleh kerana itu, Kelantan tidak dibenarkan mendaftarkan Seydi L’Imam untuk separuh masa kedua Liga Malaysia.
Namun begitu menurut Datuk Seri Afandi Hamzah, Kelantan tidak akan mengaku kalah dan mereka tetap mahu mendaftarkan Seydi sebagai pemain baharu mereka.
“Kami baru sahaja membaca kenyataan dari pihak FMLLP di laman sosial.”
“Kami akan cuba pastikan Seydi akan bermain juga untuk pasukan Kelantan.”
Menurut pasukan Kelantan, mereka akan penuhi segala kriteria untuk memastikan Seydi boleh didaftarkan sebagai pemain mereka.
“Kami sudah lakukan permohonan tetapi ditolak. Kami akan penuhi segala kriteria yang diperlukan untuk membolehkan pemain tersebut didaftarkan.”
Buat masa sekarang, status Seydi masih lagi tergantung dan tidak boleh bermain untuk pasukan Kelantan.
Sumber:
- MStar (2017): KAFA Enggan Menyerah; http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/06/19/afandi-kafa/