Kaedah Pemilikan Kelab Dalam Liga Malaysia Sukar Untuk Dilaksanakan

Baru-baru ini media tempatan melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu semua pasukan dalam Liga Malaysia mempunyai sebuah organisasi kelab yang berlesen untuk menjalankan aktiviti secara berasingan daripada Persatuan Bolasepak Negeri (FA) menjelang musim 2021.

FAM juga sudah mewujudkan jawatankuasa baharu di bawah Jawatankuasa Task Force Pelesenan Kelab Profesional untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada semua persatuan bola sepak negeri.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, ‘penceraian’ diantara kelab dan FA perlu dilaksanakan kerana Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mahu liga di bawah semua ahli gabungannya tidak terikat dengan persatuan bola sepak negeri.

Contohnya, Persatuan Bolasepak Manchester tidak terbabit dalam urusan pentadbiran kelab kerana ia dimiliki oleh orang perseorangan. Manchester United dimiliki oleh keluarga Glazer manakala Manchester City dimiliki oleh jutawan arab, Sheikh Mansour.

Model yang sama bakal digunakan dalam Liga Malaysia di mana persatuan bola sepak negeri hanya menumpukan kepada aspek pembangunan akar umbi, pertandingan peringkat negeri, menganjurkan seminar dan lain-lain.

Bagaimanapun, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Tajul Hasnan Omar berpendapat langkah pemilikan kelab tersebut agak sukar untuk dilaksanakan kerana Liga Malaysia tidak membawa apa-apa keuntungan.

“Apa keuntungan yang boleh diraih kepada pemilik kelab atau pelabur jika ada yang sanggup berbelanja besar menguruskan pasukan.

“Pada pendapat saya, liga (Liga Malaysia) kita belum sampai tahap buat duit kerana status kelab adalah berasaskan perniagaan. Mampukah liga kita menjana keuntungan?”

“Misalnya pasukan Perak sendiri, hampir RM500,000 diperlukan sebulan untuk membayar gaji pemain saja dan ia belum kira perbelanjaan dan logistik pasukan setiap kali bergerak ke stadium luar.

“Duit jualan tiket dan jersi pula bukan banyak dan kalau nak tahu tak bawa apa-apa keuntungan pun kepada Perak. Sebaliknya kita pula kena keluarkan perbelanjaan yang lebih lagi untuk pasukan.

“Sebab itu penting ada bantuan daripada FA yang dibantu oleh kerajaan negeri yang boleh menyuntik dana kepada pasukan. Jadi, pada saya, agak susah dilakukan.

“Silap-silap lebih banyak pasukan akan tutup kedai seperti Perlis dan Kelantan yang sedang menghadapi krisis akibat tiadanya bantuan kerajaan negeri,” katanya kepada Arena Metro

Setakat ini, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bergerak secara berasingan kerana dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Meskipun ada beberapa pasukan menukar status kepada kelab seperti Terengganu FC dan Melaka United, namun dana pasukan masih lagi dibiayai sepenuhnya oleh FA Negeri.

Malah, PKNS FC dan PKNP FC juga tidak bergerak secara bebas kerana ia masih terikat sebagai anak syarikat kerajaan negeri masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN