Kad Merah Lawan Jepun, Carlos Sanchez Dapat Ugutan Bunuh

Carlos Sanchez merupakan salah seorang pemain penting dalam skuad Jose Pekerman. Namun begitu, Carlos Sanchez dilaporkan mendapat beberapa ugutan bunuh ke atasnya.

Ini selepas pemain tengah tersebut menerima kad merah dalam pelawanan menentang Jepun. Carlos Sanchez membuatkan Colombia bermain 10 pemain untuk baki 87 minit.

Beliau menerima kad merah selepas menghadang percubaan Kagawa menggunakan tangan di dalam kotak penalti.

Kagawa menyempurnakan penalti tersebut. Colombia tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut dan beberapa penyokong mulai menyalahkan Carlos Sanchez.

Polis menyatakan ugutan itu banyak datang daripada pemilik twitter. Beberapa akaun twitter tersebut telah ditutup sebaik sahaja polis mengumumkan mahu menjejak pemilik akaun tersebut.

Polis Colombia kini sedang menjejak alamat IP peralatan yang mereka gunakan untuk menghantar mesej itu.

Ada satu mesej ditujukan kepada Carlos Sanchez memamaparkan imej Sanchez yang disunting bersama dengan bekas pemain pertahanan mereka, mendian Adnres Escobar.

Andres Escobar ditembak mati oleh penyokong Colombia yang marah dengan beliau selepas menjaringkan jaringan sendiri ketika menentang Amerika Syarikat pada Piala Dunia 1994.

Ada juga pengguna twitter yang menyatakan sokongan kepada orang yang mengugut Carlos Sanchez. Individu tersebut menulis dalam balasan pada bebenang twitter:

“Jika Andres Escobar dibunuh kerana menjaringkan gol sendiri, maka Carlos Sanchez pun layak dibunuh dan kita kencing di atas mayatnya.”

Stesen radio Colombia, Blu Radio mengesahkan yang pihak polis Colombia telah mengarahkan unit khas untuk menyiasat jenayah siber ini.

Polis Colombia memandang serius ugutan ini kerana tidak mahu pisang berbuah 2 kali selepas apa yang menimpa Andres Escobar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN