Kad merah adalah simbol kepada kesalahan berat. Ia pastinya bukan perkara yang digemari oleh mana-mana pemain mahupun jurulatih.
Biasanya kad merah dilayangkan untuk kesalahan berat seperti terjahan bahaya, terjahan menggunakan 2 kaki, pergaduhan dan lain-lain kesalahan yang membawa kemudaratan kepada mangsa foul.
Semalam kecoh di twitter apabila akaun twitter rasmi milik Shotts Bon Accord mengemaskini laporan semasa perlawanan. Ianya ditulis:
Shettleston goalkeeper Gary Whyte sent off after 72 minutes for having a pee behind the goals
(Penjaga gol Shettleston, Gary Whyte dibuang padang minit ke-72 kerana kencing di belakang pintu gol)
Ramai yang mulanya menganggap ianya troll. Ini kerana Shotts Bon Accord adalah pasukan yang menjadi lawan Shettleston Junior dalam perlawanan tersebut. Lagipun Gary Whyte adalah bekas pemain Shotts Bon Accord.
Shettleston goalkeeper Gary Whyte sent off after 72 minutes for having a pee behind the goals
— Shotts Bon Accord Football Academy (@ShottsBonAccord) January 28, 2017
Ia disahkan benar oleh Shettleston Junior. Tweet tersebut telah ditweet semula lebih 6,000 kali semalam. Kejadian itu berlaku di Greenfield Park di Glasgow.
Gary Whyte yang sudah tidak tahan telah meminta pengadil menghentikan perlawanan seketika dan dia pergi ke belakang gol untuk kencing.
Kemudian dia berseia untuk memulakan perlawanan semula. Namun malangnya, ia tidak berlaku, Whyte telah dibuang padang dengan layangan kad merah.
Ia mendapat banyak reaksi. Ada juga yang merasakan kesalahan tersebut mungkin patut kad kuning sahaja. Ada juga yang berkata, ia adalah panggilan alam (nature calling) dan sukar untuk dilawan.
Sebelum ini, Luis Suarez pernah meminta kebenaran untuk keluar padang seketika ketika perlawanan Uruguay menentang Arab Suadi pada 2014.
https://www.youtube.com/watch?v=QRXMGKxHKX8
Ianya mungkin kad merah paling pelik pernah dilayangkan di dalam bola sepak dunia. Mungkin kad kuning sudah memadai rasanya.
Adakah FIFA akan memberikan perhatian ke atas isu ini selepas ini?
Bca juga: Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat