England Laksana Peraturan Beri Kad Kuning & Merah Kepada Pengurus

Peraturan dalam bola sepak sering berubah mengikut peredaran masa.

Di England, satu lagi peraturan baharu bakal dilaksanakan menjelang musim baharu 2018/2019.

Menurut laman BBC Sport, pengurus selepas ini juga tidak dapat lari dari dikenakan oleh hukuman kad oleh pengadil.

Hal ini kerana, pengurus selepas ini boleh dikenakan hukuman kad kuning dan juga kad merah oleh pengadil ketika berada di kawasan teknikal dekat tepi padang.

Kad kuning dan kad merah ini akan diberikan diatas pelbagai kesalahan seperti mengeluarkan bahasa kesat dan tidak sopan kepada pengadil dan menendang atau membaling botol air.

Selain itu, tindakan melakukan tepuk tangan secara sarkastik dan juga melakukan isyarat memberi kad turut akan dikenakan layangan kad oleh pengadil.

Seperti pemain, pengurus juga akan dikenakan pergantungan dengan pengurus yang mengutip 4 kad kuning akan menyebabkan pergantungan 1 perlawanan.

Sekiranya pengurus itu mengutip 16 kad kuning, maka tindakan disiplin akan diambil.

Namun harus diingat, penggunaan peraturan ini hanya terpakai pada saingan seperti English Football League, EFL Cup, FA Cup, EFL Trophy serta National League.

Sementara Premier League akan kekal dengan kuasa pengadil hanya terhad untuk memberikan amaran lisan kepada pengurus sebelum menghantar pengurus ke tempat duduk penonton jika kesalahan berat dilakukan.

Selain itu, jumlah kad kuning bagi pemain kini tidak lagi akan dikira berdasarkan kesemua pertandingan yang disertainya.

Maksudnya di sini, jika pemain itu mengutip kad kuning pada perlawanan FA Cup dan EFL Cup maka ianya tidak dikira sebagai 2 kad kuning.

Tetapi ianya hanya dikira sebagai 1 kad sahaja kerana 2 kad kuning dari dua pertandingan berbeza tidak akan dicampurkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN