Keputusan seri yang dicatatkan oleh Manchester United ketika menentang Crystal Palace semalam sedikit sebanyak merencatkan peluang mereka untuk mendekati kedudukan dua teratas yang kini dihuni Arsenal dan Manchester City.
Bukan setakat kehilangan dua mata, tetapi mereka juga bakal kehilangan seorang pemain yang dianggap tunjang di bahagian tengah menjelang pertemua dengan Arsenal pada hujung minggu ini.
Dalam aksi yang berakhir dengan 1-1 di Selhurst Park semalam, Casemiro memperoleh kad kuning dalam perlawanan tersebut selepas mengasari Wilfried Zaha pada minit ke-80.
Kad kuning yang diterima beliau itu menyebabkan Casemiro terpaksa disisihkan daripada perlawanan penting menentang Arsenal pada pagi Isnin ini.
Situasi ini jelas sekali tidak ideal buat United kerana mereka bakal kehilangan pemain penting menentang pendahulu liga itu dengan usaha membalas dendam kekalahan terhadap skuad Erik ten Hag pada perlawanan pertama.
Namun begitu, keputusan kad kuning yang diterima Casemiro itu jelas sekali tidak disenangi oleh David de Gea yang berasakan ianya tidak adil.
Hal ini disebabkan ketika United turut beraksi, tetapi Arsenal tidak mempunyai perlawanan untuk dihadapi.
“Salah seorang pemain terbaik kami tidak dapat beraksi menentang salah satu pasukan terbaik.
“Saya tak faham kenapa kami perlu bermain pada hari ini dan mereka [Arsenal] tidak, ianya akan memberikan kesan yang besar pada perlawanan Ahad ini. Beliau [Casemiro] adalah kehilangan besar buat kami,” kata De Gea.
De Gea on Casemiro booking: "One of our best players cannot play one of the best teams. I don't understand why we had to play today and they didn't, that could make the difference on Sunday. He is a big loss for us." #MUFC
— Shamoon Hafez (@ShamoonHafez) January 18, 2023
Arsenal akan bertemu United pada pagi Isnin ini dengan misi untuk melebarkan jurang pendahulu di puncak liga sementara The Red Devils berusaha untuk dalam diam bergelar juara Premier League.
Keputusan perlawanan pertama antara mereka berakhir dengan keputusan 3-1 memihak United di Old Trafford.