Quantcast

ADVERTORIAL

K. Sarkunan: Kajang Tempat Paling Aktif Hasil Pemain Bola Sepak Di Selangor

Semuanya berubah dengan cukup pantas buat K. Sarkunan. Hanya setahun lepas, beliau membuat debut profesional bersama Selangor dalam Liga Super. Kini, beliau telah menjadi kapten Selangor.

“Ia satu penghormatan terbesar bagi saya. Tanggungjawab pun besar,” kata Sarkunan kepada Semuanya BOLA ketika ditanya mengenai peranan barunya musim ini sebagai kapten apabila Amri Yahyah dan Khairul Azhan tidak bermain. “Saya memang dah target nak masuk skuad senior sejak main skuad Piala Presiden. Tapi saya tak target langsung untuk jadi kapten,” luah anak jati Kajang ini.

Baru berusia 22 tahun, Sarkunan mungkin antara pemain Selangor yang termuda pernah menjadi kapten. Satu anomali dalam bola sepak Malaysia, tetapi tidak asing dalam bola sepak Eropah. Ruben Neves, misalnya, pernah dilantik menjadi kapten Porto pada usia 18 tahun. Matthijs de Ligt pula baru sahaja mengetuai Ajax Amsterdam sehingga ke peringkat separuh akhir UEFA Champions League 2018/2019 pada umur 19 tahun.

Tanggungjawab sebagai kapten sebuah pasukan ternama di Malaysia sememangnya bukan tugas enteng. Jangkaan penyokong sentiasa tinggi – tanpa mengira tahap kedudukan kewangan pasukan Selangor yang ketika ini jauh ketinggalan dengan JDT, Pahang, Perak dan Terengganu.

Tapi bagi Sarkunan, satu benda pasti yang boleh dilakukannya untuk memuaskan hati penyokong – tak kira apabila Selangor menang atau kalah – adalah dengan memberikan 100% di atas padang. “Memang dah lama saya main macam itu. Sebelum [N’golo] Kante jadi terkenal lagi,” beritahu Sarkunan sambil tertawa.

Kante chasing off Marcus Rashford

Sarkunan dikaitkan dengan N’golo Kante kerana persamaan cara permainan mereka. (Foto: Mike Hewitt/Getty Images)

Selain bermain di posisi sama seperti pemain tengah Chelsea itu, mudah sebenarnya untuk mencari mengapa beliau digelar Kante dalam kem Selangor. Kedua-duanya mempunyai work rate yang cukup tinggi ketika beraksi di atas padang. Kedua-duanya berketinggian 5 kaki 7 inci. Dan di luar padang, kedua-duanya turut mempunyai personaliti sama: gemar senyum, baik dan sentiasa ceria.

“Disebabkan fizikal saya yang kecil dan laju, saya main flanker masa sekolah rendah,” kata Sarkunan. “Cuma masa belajar di SMK Tinggi Kajang, Cikgu Saari tukar saya main tengah. Beliaulah yang mengajar saya macam mana nak gunakan kelebihan fizikal yang saya ada untuk break up play tanpa buat foul.”

Membesar di Taman West Country (Seksyen 5, Bandar Baru Bangi), Sarkunan mula berada dalam radar jurulatih akar umbi Selangor selepas berjaya melepasi sesi percubaan untuk memasuki pasukan bola sepak SMK Tinggi Kajang.

“Ini sekolah yang semua budak bola di Kajang nak masuk. Sampaikan bila SMK Seksyen 11 (yang juga merupakan Sekolah Sukan Negeri Selangor) datang offer pergi sana pun, kami cakap tak nak,” kenang Sarkunan sambil tertawa.

Sebagai salah sebuah sekolah yang mempunyai program bola sepak bertaraf tinggi, SMK Tinggi Kajang turut mempunyai perseteruan dengan beberapa sekolah-sekolah lain. Antaranya Victoria Institution, SMK Sultan Sulaiman, SMK Meru dan SMK Seksyen 11 sendiri. “Kami selalu jumpa SMK Seksyen 11 masa masuk kejohanan Liga 100PLUS-Piala Menteri Pendidikan. Kadang-kadang kami menang, kadang-kadang mereka menang,” kata Sarkunan lagi.

Kapten Selangor, K. Sarkunan memakai jersi away Selangor musim 2019

Sarkunan merupakan salah seorang produk keluaran program bola sepak SMK Tinggi Kajang yang prolifik. (Foto: asiana.my)

Program bola sepak SMK Tinggi Kajang boleh berbangga dengan produk yang mereka keluarkan: Zarif Irfan, K. Gurusamy, P. Gunalan (PKNS), Christie Jayaseelan, (Felda United), Arif Zahir, K. Reuben (UKM FC) dan Afiq Ahmad (Kuala Lumpur). Yang lebih mengagumkan, tahap produktiviti sekolah ini dalam menghasilkan pemain-pemain berkualiti telah bermula sejak lama dan masih berterusan sehingga kini.

Sarkunan mengakui keberkesanan program bola sepak SMK Tinggi Kajang yang turut dikenali dengan nama FC Kahisan. “Sejak dari dahulu kebanyakan pemain-pemain dari sekolah kami dapat masuk sekolah-sekolah sukan, skuad-skuad Piala Belia dan Piala Presiden.”

Sebelum mengakhiri temuramah dengan kami, pemain Selangor ini hanya mempunyai satu nasihat kepada mana-mana ibu-bapa yang mempunyai anak yang berbakat dalam bola sepak:

“Nasihat saya satu sahaja. Kepada mana-mana ibu bapa yang ada anak main bola, bawa mereka ke sesi pemilihan pasukan bola sepak SMK Tinggi Kajang.”

Rumah impian anda kini berdekatan dengan SMK Tinggi Kajang!

Anda sedang cari rumah impian anda?

Anda sedang cari rumah yang berada di bandar yang sedang pesat membangun, berdekatan dengan stadium, kompleks sukan dan sekolah yang mempunyai program bola sepak hebat seperti SMK Tinggi Kajang?

Jika ya, Residensi PR1MA Kajang Utama adalah rumah impian yang anda cari!

Residensi PR1MA Kajang Utama menawarkan unit 3 bilik, 2 bilik air yang berkeluasan minima 904 kaki per segi dengan harga yang bermula dari RM260,000.

Residensi PR1MA Kajang Utama turut dilengkapi dengan kemudahan surau, gelanggang serbaguna, tadika, pusat penjagaan kanak-kanak, taman permainan dan sudut pembaca untuk menawarkan kualiti kehidupan yang tinggi dalam komuniti yang sihat.

Terletak strategik dan berdekatan dengan bandar Kajang, Bandar Baru Bangi, Kajang Hill Golf Resort dan Econsave Bangi, Residensi PR1MA Kajang Utama turut mempunyai akses menyeluruh menerusi lebuh raya SILK, LEKAS, ELITE dan PLUS.

Untuk mendapatkan diskaun 10% SPA dan rebat 20% credit note, KLIK pautan di bawah untuk mula memohon kediaman ini SEKARANG!

⚽️ Residensi PR1MA Kajang Utama
⚽️ Residensi PR1MA Kajang Utama
⚽️ Residensi PR1MA Kajang Utama

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!