K. Devan Tak Tahu Status Beliau Bersama Negeri Sembilan Musim Depan

Pengendali Negeri Sembilan musim lalu, K. Devan mengakui beliau tidak tahu mengenai statusnya bersama pasukan tersebut bagi mengharungi saingan akan datang.

Terdahulu, Devan telah pun menguruskan Negeri Sembilan sejak musim 2021 dan berjaya mengangkat kelab itu selaku juara Liga Premier dengan cemerlang.

Pada musim 2022, skuad Hoben Jang Hoben berjaya muncul selaku antara pasukan paling cemerlang bawah kendalian beliau dengan beberapa siri kejutan dilakar mereka bagi saingan Liga Super.

Namun, perjalanan Devan sedikit sukar pada tahun lalu selepas beliau tidak dapat mengekalkan konsistensi pasukan daripada segi keputusan dilakar di atas padang.

Malah, ketiadaan beberapa tonggak penting juga dianggap menjejaskan percaturan beliau untuk cuba mengekalkan konsistensi pasukan dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M).

Dek kerana keputusan kurang memberansangkan, status pengendali itu mula dipertikaikan dalam kalangan peminat dan berkemungkinan juga beliau tidak lagi bersama Negeri Sembilan.

Malah, pengurusan kelab berkenaan juga sebelum itu dilaporkan bakal membuat rombakan baharu dengan membabitkan para pemain serta kedudukan Devan sendiri di tampuk kejurulatihan.

“Saya tak tahu, setakat ini belum ada apa-apa maklumat atau sebarang pemakluman yang diterima daripada pihak kelab atau persatuan.

“Saya tak terima apa-apa mesej ke atau apa-apa surat tentang perkara itu (kedudukan ketua jurulatih NSFC),” kata Devan menerusi laporan daripada Harian Metro mengenai status beliau bersama pasukan tersebut pada musim depan.

Walaupun tidak mengetahui status beliau bersama Negeri Sembilan, Devan mengakui beliau masih menunggu keputusan bakal dikeluarkan oleh pihak pengurusan mengenai kedudukannya.

“Saya pun masih menunggu tawaran daripada Negeri Sembilan..mana tahu. Dengan pasukan lain pun tak tahu lagi sebab belum ada hitam putih,” katanya lagi.

Ketika ini, timbul ura-ura mengenai beberapa calon jurulatih tempatan dilaporkan bakal mengambil alih kejurulatihan pasukan berkenaan untuk saingan hadapan.

Dua jurulatih dikaitkan ialah bekas pengendali PDRM iaitu Azzmi Aziz serta Wan Rohaimi Wan Ismail diletakkan sebagai calon terbaharu untuk mengendalikan pasukan tersebut.

Selain itu, nama Mohamad Ishak Kunju Mohamad juga turut dikaitkan selaku jurulatih baharu untuk Negeri Sembilan dengan beliau berkemungkinan akan kekal mengemudi skuad bawah 23 (B-23) kelab tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN