K. Devan Rela Dibelasah JDT Demi Menang Lawan Kedah & Melaka United

Pengendali Negeri Sembilan, K. Devan mengakui  mereka tidak menampilkan permainan sebenar ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan ini adalah salah faktor kenapa mereka kalah besar.

Malah bagi pengendali tersebut, perlawanan tersebut sememangnya mereka tidak memberi fokus untuk mendapatkan mata dan akan cuba mendapat mata untuk perlawanan seterusnya.

Malah beliau mengakui JDT adalah sebuah pasukan yang lebih baik dan merupakan juara bertahan sementara Negeri Sembilan pula adalah pendatang baharu Liga Super.

 

“Kita tidak boleh bandingkan kualiti Negeri Sembilan dengan JDT. Dimana Negeri Sembilan adalah pasukan baru berusia setahun di Liga Super dan JDT memang kita kenal adalah juara sudah bertahun-tahun,” ujar Devan.

Tambah Devan, keputusan tidak menurunkan sekurang-kurangnya empat pemain utama pada kesebelasan utama adalah perancangan taktikal kerana mereka akan fokus pada baki saingan bagi memburu kedudukan terbaik liga.

Keputusan diambil kerana ada pemain yang belum cergas sepenuhnya dan kebanyakkan sudah mengumpul dua kad kuning dan jika mereka diturunkan, risiko untuk digantung untuk perlawanan seterusnya sangat tinggi.

 

“Kita nak fokus kepada tiga perlawanan selepas perlawanan dengan JDT. Bagi saya, saya rasa kita boleh bermain lebih baik dari apa ditunjukkan hari ini walaupun tanpa Herold Goulon dan tiga lagi tonggak utama,” katanya.

Hampir tujuh pemain Negeri Sembilan telah mengumpul dua kad kuning dan sudah pasti beliau tidak mahu mengambil risiko dalam perlawanan ini.

Bagi Devan, itu bukan alasan utama kenapa mereka tewas besar kepada Harimau Selatan sebaliknya pasukan bimbingannya sendiri yang tampil kurang baik dalam perlawanan tersebut.

Pengendali berusia 61 tahun itu masih optimis berkenaan peluang Negeri Sembilan untuk menamatkan saingan di kedudukan kedua liga dan dua perlawanan di halaman sendiri sudah pasti ia kelebihan buat skuad beliau.

Ketika ini, persaingan antara Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan untuk memburu dua slot yang ditawarkan ke Piala AFC masih lagi terbuka.

Siapa yang melakukan kesilapan pasti akan terlepas peluang terbaik untuk bermain di pentas Asia tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN