Bila bercakap mengenai bola sepak di Liga Itali, pasti nama-nama seperti AC Milan, AS Roma dan Juventus pasti akan muncul.
Kita semua tahu, Juventus adalah salah satu diantara kelab yang cukup berjaya di Itali. Walaupun mereka pernah terpalit dengan isu rasuah sekitar 2006, namun mereka berjaya bangkit untuk menjadi kuasa di Itali semula.
Untuk pengetahuan anda, Juventus merupakan banyak nama gelaran seperti The Old Lady, Fiance of Italy dan Bianconeri.
Oleh itu, artikel ini akan merungkai asal-usul bagi gelaran-gelaran yang diberikan atas nama Juventus.
La Madama, I Bianconeri & Le Zebre
Kenapa kesemua 3 nama ini digabungkan dalam satu bahagian? Hal ini kerana 3 nama ini semuanya mempunyai sebab yang sama.
La Madama bermaksud Madam ataupun ‘puan’ dalam bahasa Melayu. Sementara I Bianconeri pula bermaksud ‘hitam putih’.
Sementara itu Le Zebre pula bermaksud ‘kuda belang’ ataupun zebra. Semua nama samaran ini diberikan kepada Juventus kerana warna rasmi pasukan adalah hitam dan putih.
The Old Lady & Fiance of Italy
The Old Lady ataupun dalam bahasa Itali disebut sebagai La Vecchia Signora sebenarnya berpunca daripada kisah lucu.
Hal ini kerana perkataan Juventus itu sendiri merupakan perkataan di dalam bahasa Latin yang membawa maksud ‘muda’.
Sementara bagi perkataan ‘Lady’ pula berpunca kerana peminat Juventus sering merujuk kelab Turin tersebut sebagai cinta hati mereka.
Sebabnya adalah kerana rasa cinta mereka yang tinggi terhadap Juventus melebihi apa sahaja.
Lucunya mengenai nama The Old Lady ini adalah kerana perkaatan ‘Old’ itu sendiri. Hal ini kerana, majoriti pemain-pemain Juventus ketika nama ini muncul adalah dari kalangan pemain muda.
Namun kerana status Juventus sebagai antara kelab tertua di Itali, maka wujudlah nama The Old Lady ini.
Bagi La Fidanzata d’Italia atau Fiance of Italy pula, nama gelaran ini diberikan kerana Juventus merupakan kelab yang mempunyai penyokong paling ramai di Itali.
Majoriti sokongan yang diterima oleh Juventus adalah dari bahagian selatan Itali antaranya di bandar Naples dan Palermo.
Akan tetapi, sokongan itu bukanlah datang dari warga tempatan di sana. Sokongan itu sebenarnya datang dari imigran-imigran luar yang datang ke bandar Naples dan Palermo untuk berkerja di kilang pengeluar kereta iaitu FIAT ketika era 1930-an.
Maskot
Seperti beberapa kelab lain, Juventus juga mempunyai maskot rasmi untuk pasukan mereka.
Maskot mereka merupakan seekor kuda belang yang diberi nama sebagai J.
Maskot ini baru saja diperkenalkan pada 10 September 2015 oleh pihak Juventus. Hal ini kerana mereka mahu mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan penyokong-penyokong cilik yang menyokong Juventus.