Juventus mungkin tewas dan dimalukan di pelawanan akhir UEFA Champions League oleh Real Madrid di Cardiff, namun mereka tetap mempunyai sesuatu untuk digembirakan.
Hal ini kerana, mereka merupakan pasukan yang mempunyai jumlah wang kemenangan paling tinggi dalam kejohanan!
Juvnetus memperoleh wang dari kejohanan Eropah sebanyak €109 juta yang merupakan lebih banyak berbanding juara Real Madrid yang cuma memperoleh €80.9 juta sahaja.
Untuk rekod, ia adalah pertama kali sesebuah kelab di Eropah memperoleh jumlah wang kemenangan melebihi jumlah 100 juta.
Wang yang diterima ini adalah hasil daripada jualan tiket, pihak UEFA, para penaja dan juga hak penyiaran televisyen.
Tapi kenapa Juventus boleh dapat lebih?
Hal ini kerana, pecahan wang hak penyiaran kepada pasukan Itali lebih sikit berbanding pecahan wang hak penyiaran kepada pasukan England dan Sepanyol.
Ia berlaku kerana negara seperti England dan Sepanyol mempunyai 4 pasukan di dalam saingan UCL. Jadi, wang hak penyiaran terpaksa dikongsi oleh 4 pasukan.
Sementara Itali cuma mempunyai 2 wakil sahaja iaitu Juventus dan Napoli. Jadi pecahan wang hak penyiaran itu hanya dikongsi sama rata oleh kedua-dua pasukan.
Untuk rekod juga, Napoli yang tewas di pusingan 16 pasukan terbaik menerima jumlah wang lebih tinggi berbanding Atletico Madrid.
Napoli menerima €65.7 juta sementara Atletico Madrid cuma menerima €59.9 juta sahaja.