Juventus tewaskan Internazionale dalam aksi Derby d’Italia yang berlangsung di Juventus Stadium, Turin.
Cuadrado si wira
Juan Cuadrado menjaringkan satu-satunya gol yang terhasil dalam perlawanan tersebut.
Gol itu terhasil pada minit ke-45 hadir menerusi penyudah dari jarak sejauh 25 meter selepas pertahanan Internazionale gagal mengeluarkan dengan sempurna bola sepakan penjuru.
Gol itu cukup memberikan kemenangan serta jarak 6 mata buat Juventus dari pencabar terdekat di tangga kedua – Napoli.
https://www.youtube.com/watch?v=-NyVPCBcKuc
Sengit
Dalam perlawanan ini, kedua-dua pasukan layak digelar pasukan terbaik dalam sejarah bola sepak Itali.
Hal ini kerana, perlawanan sengit ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.
Internazionale menguasai pengusaan bola dengan 52%, sementara Juventus menguasai hanya 48% sahaja.
Namun begitu, Juventus mencipta lebih banyak percubaan 14 percubaan berbanding pasukan pelawat yang hanya mencipta 12 percubaan.
6 percubaan tepat berjaya dicipta oleh pasukan Juventus sementara hanya 2 percubaan tepat sahaja yang berjaya dicipta oleh Internazionale.
Perlawanan ini juga menyaksikan 1 kad merah dilayangkan menerusi pemain Ivan Perisic selepas mengutip kad kuning kedua di penghujung permainan.
Keputusan-keputusan lain Serie A:
- AC Milan 0-1 Sampdoria
- Pescara 2-6 Lazio
- Empoli 1-1 Torino
- Bologna 1-7 Napoli
- Palermo 1-0 Crotone
Kesebelasan utama
Juventus: Gianluigi Buffon (penjaga gol & kapten), Stephen Lichtsteiner, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Alex Sandro, Sami Khedira, Miralem Pjanic, Juan Cuadrado, Paulo Dybala, Mario Mandzukic, Gonzalo Higuain
Internazionale: Samir Handnovic (penjaga gol), Jeison Murillo, Gary Medel, Joao Miranda, Antonio Candreva, Roberto Gagliardini, Marcelo Brozovic, Danilo D’Ambrosio, Joao Mario, Ivan Perisic, Mauro Icardi (kapten)
Baca juga: Kasper Schmeichel Dakwa Leicester City Mungkin Akan Tersingkir Dari Premier League