Juventus Saingi Man. United Untuk Dapatkan Kalidou Koulibaly

Juventus kini menjadi pasukan tebaru yang berminat untuk mendapatkan bek tengah Napoli, Kalidou Koulibaly.

Juventus kini sedang berusaha untuk mendapatkan Maurizio Sarri untuk menyertai mereka. Maurizio Sarri juga dilaporkan sudah memberitahu Chelsea akan hasrat beliau mahu kembali ke Itali.

Namun begitu, Chelsea meminta Juventus untuk membayar £5.3 juta yang terkandung pada klausa pelepasan pengurus tersebut.

Kalidou Koulibaly merupakan pemain penting dalam sistem Sarriball di Napoli. Beliau pemain yang fizikal dan mampu menjadi perancang dari belakang.

Selain itu, Juventus memang sedang mencari bek tengah yang baharu dengan status bintang bagi menggantikan beberapa pemain yang sudah semakin lanjut usia.

Tuttosport melaporkan bahawa Juventus sudah menghubungi Napoli dan ejen kepada Koulibaly yang merupakan orang yang sama menjadi ejen kepada Miralem Pjanic.

Bukannya mudah untuk mendapatkan Koulibaly. Pada beberapa bulan lalu Napoli meletakkan harga sekurang-kurangnya €100 juta untuk pemain yang mereka rasakan mencecah nilai €150 juta.

Selain Juventus, pasukan seperti Man. United, PSG dan Real Madrid antara yang berminat dengan Koulibaly.

Ancelotti pada akhir musim lalu mendedahkan mereka menerima bidaan sekitar €90 juta – yang dipercayai dari Man. United.

Man. United juga dilaporkan sudah menghantar satu lagi bidaan untuk Koulibaly bernilai €95 juta. Namun Napoli berkeras mahukan €100 juta untuk pemain tersebut.

Dengan adanya persaingan dari Juventus, pastinya Man. United perlu bertindak pantas sama ada benar-benar mahukan pemain ini ataupun mencari pemain lain dengan harga yang lebih rendah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN