Manchester United kini dikatakan telah dihubungi oleh Juventus dan ditawarkan untuk mendapatkan khidmat penyerang Argentina, Paulo Dybala.
Namun rundingan diantara kedua-dua kelab masih berada di peringkat awal, dan tiada jaminan United akan melakukan tawaran untuk pemain tersebut, atau pun sama ada Dybala bersedia untuk menerima tawaran ke Old Trafford.
Sumber daripada BBC berkata Juventus dikatakan sanggup melepaskan Dybala kerana berminat untuk mendapatkan Romelu Lukaku dari United.
Manchester United and Juventus have agreed a swap deal in principle involving Paulo Dybala and Romelu Lukaku, according to Sky in Italy.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 30, 2019
Penyerang berusia 25 tahun itu menjaringkan 10 gol untuk Juventus pada musim lalu.
Lukaku sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan, namun bidaan dari kelab Serie A itu kepada United setakat ini masih jauh dari tanda harga yang telah ditetapkan oleh kelab Inggeris itu.
Pengurus Manchester United sebelum ini berkata beliau berharap akan ada penambahan pemain baharu di dalam pasukan sebelum bermulanya musim baharu. Namun ketika ditanya mengenai Dybala, pengendali dari Norway itu enggan memberikan komen lanjut.
Paulo Dybala’s agent has arrived in London to discuss a move to Manchester United, with Romelu Lukaku moving in the other direction, according to Sky in Italy.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 30, 2019
“Saya bukan berada di sini untuk bercakap mengenai khabar angin atau pemain dari kelab lain.
“Kami sedang menumpukan perhatian kepada satu atau dua kes [perpindahan]. Tinggal 10 hari sebelum sepak mula liga, dan kita berharap akan ada pengumuman ketibaan seorang atau dua pemain baharu.
Solskjær when asked about Paulo Dybala: “I’m not here to talk about any rumours or speculation about other team’s players. But of course we’re working on one or two cases, as I’ve said before.” #mulive [mirror]
— utdreport (@utdreport) July 30, 2019
Pada musim lalu Dybala adalah pemain yang menjaringkan gol tunggal Juventus untuk menewaskan Manchester United di Old Trafford dalam perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League.
Ketibaan Cristiano Ronaldo dipercayai telah menghadkan impak penyerang Argentina itu di Turin.
Ketiadaan bekas penyerang Palermo di pertandingan pra musim – termasuk di Singapura – adalah kerana beliau masih bercuti selepas pembabitan dengan Argentina di kejohanan Copa America.
Di bawah ini pula adalah komen Pavel Nedved, salah seorang pengarah Juventus mengenai perpindahan melibatkan kedua-dua pemain.