Juventus dilaporkan akan bertemu dengan delegasi Barcelona di Monte Carlo untuk membincangkan tentang Andre Gomes.
Juventus melihat saingan Serie A musim ini akan lebih kuat dengan peningkatan kualiti oleh pasukan pesaing mereka terutama sekali 2 pasukan yang berpangkalan di San Siro.
Pemain tengah Portugal itu antara pemain yang gagal menepati harapan yang diletakkan kepada beliau musim lalu.
Sebelum ini, Andre Gomes menjadi rebutan di antara Real Madrid dan Barcelona. Namun beliau dengan terbuka menyatakan beliau menolak tawaran Real Madrid untuk menyertai Barcelona.
Ianya selepas Gomes beraksi sangat baik ketika di Euro 2016, Perancis. Beliau meninggalkan Valecia dengan nilai £42 juta. Angka boleh meningkat sehingga £58.6 juta selepas ‘add-ons’.
Wakil Andre Gomes ada menggambarkan yang pemain itu akan mempertimbangkan untuk keluar dari Barcelona selepas merasakan dirinya mungkin tidak sesuai dengan bola sepak di Camp Nou.
Dengan baki jendela perpindahan yang sekitar seminggu sahaja lagi, Juventus mahu menawarkan perjanjian pinjaman dengan opsyen untuk pembelian tetap.
Barcelona mungkin akan berfikir dua kali untuk melepaskan pemain ini kerana mengambil kira ‘squad depth’ mereka yang agak kecil ketika ini.
Barcelona masih bergelut untuk mendapatkan pemain seperti Seri dan Coutinho. Sumber dari Sepanyol juga mendedahkan yang Barcelona menyenaraikan pemain RB Leipzg, Naby Keita sebagai sasaran baru kelab Catalan tersebut.
Selain itu, usaha untuk mendapatkan Ousmane Dembele juga masuh buntu ketika ini.
Sumber