Juventus & Bayern Munich Bersaing Untuk Dapatkan Khidmat Anthony Martial

Spekulasi banyak tersebar mengenai Anthony Martial, adakah beliau akan kekal atau keluar dari Manchester United.

Bagi penyokong Manchester United, jika Martial pergi ke pasukan lain pastinya satu kehilangan besar memandangkan beliau merupakan seorang penyerang yang cukup baik.

Namun beliau bukanlah pemain yang digemari Jose Mourinho dan kebarangkalian untuk pemain kebangsaan Perancis itu keluar dari Manchester United adalah tinggi.

Menurut sumber di Itali, gergasi Serie A iaitu Juventus telah pun memulakan langkah untuk mendapatkan khidmat Martial.

Juventus dikatakan telah lama meminati akan bakat yang ada pada Martial telah bersedia untuk memenuhi permintaan kontrak pemain tersebut.

Juventus telah bersedia untuk memenuhi permintaan gaji tahunan Martial sebanyak 5 juta Euro.

. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Walaupun begitu, usaha Juventus itu telah dicabar oleh gergasi Bundesliga – Bayern Munich.

Bayern Munich dijangka dapat mengatasi Juventus dalam perebutan mendapatkan Martial.

Hal ini disebabkan kedudukan kewangan Bayern Munich yang lebih kukuh membolehkan mereka menawarkan kontrak yang lebih lumayan kepada pemain tersebut.

Martial dikatakan telah ditawarkan kontrak lanjutan oleh Manchester United namun pemain itu menangguhkan perbincangan mengenai perkara tersebut dengan kelabnya.

Hal ini disebabkan Martial sendiri risau akan prospek akan dijadikan sebagai pemain pilihan kedua dalam skuad Manchester United.

Hal ini dapat disaksikan menerusi persaingan sengit Martial dengan Marcus Rashford dalam usaha mendapatkan tempat di kesebelasan utama pasukan.

Situasi bertambah sukar buat Martial selepas kehadiran Alexis Sanchez ke Manchester United. Oleh kerana itu, Martial mula mempertimbangkan untuk berpindah ke kelab lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN