Jurulatih PSM Makassar Harap Penyokong Dapat Kembali Meriahkan Liga Indonesia

Pengendali PSM Makassar, Bernardo Tavares antara individu yang sangat gembira dan menyambut baik mengenai berita saingan Liga 1 Indonesia akan kembali bersambung tidak lama lagi.

Walaupun gembira dengan perkhabaran tersebut, Bernardo berharap agar peraturan liga masih lagi sama seperti sebelum itu tanpa perubahan yang besar.

Antara perkara yang diharapkan oleh pengendali itu supaya dikekalkan supaya para penyokong dibenarkan untuk hadir ke stadium bagi memberi sokongan buat pasukan masing-masing.

Menurut jurulatih kelahiran Portugal itu, bola sepak tanpa kehadiran penyokong merupakan sesuatu yang sangat tidak lengkap kerana masing-masing salin memerlukan.

Tambah beliau, kehadiran para penyokong ke stadium dalam setiap perlawanan disifatkan sebagai sangat bererti dan mereka umpama pemain ke-12.

“Bola sepak tanpa kehadiran penyokong boleh disifatkan sebagai tidak lengkap. Anda semua sendiri boleh lihat kesan kehadiran ramai penyokong kami dalam setiap perlawanan dihadapi.

“Sokongan serta sorakan padu para penyokong itu seperti memberi tenaga tambahan buat para pemain PSM setiap kali mereka beraksi,” jelas pengendali tersebut menerusi Bola.com.

https://twitter.com/portugalfootyen/status/1514781335679733771?s=46&t=ZDmSO-CMaNTkZEu3Tag1kg

Menerusi beberapa info sebelum ini, dikhabarkan saingan Liga 1 Indonesia bakal tampil dengan format baharu selepas insiden Kanjuruhan yang berlaku pada bulan lalu.

Antara peraturan baharu yang dijangka bakal berlaku ialah setiap pertandingan yang berlangsung tidak lagi dihadiri oleh para penyokong dan beraksi di suatu stadium khas sahaja.

Jika ini berlaku, maka ia bakal memberi tamparan besar buat PSM yang setiap perlawanan dihadiri ramai penyokong pada musim ini.

Apa tidaknya, daripada lima perlawanan yang berlangsung di laman sendiri musim ini, PSM hanya seri sekali selain mencatat empat kemenangan bersih hasil sokongan padu para peminat.

Malah, PSM juga menunjukkan satu prestasi yang agak baik ketika saingan Piala AFC musim ini di bawah kendalian Bernardo.

Walaubagaimana pun, Bernardo jelas pasrah sekiranya ia benar-benar dilaksanakan, kerana apa yang penting kini adalah saingan liga dapat kembali bersambung.

“Namun, kalau itu merupakan syarat penting untuk saingan kembali berjalan seperi sebelum ini, maka kita terpaksa menerima hakikat untuk turut bersetuju,” tambah Bernardo.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN