Jurulatih & Pengurus Utama Eropah Mahu UEFA Mansuh Peraturan Gol Di Tempat Lawan

Jurulatih dan pengurus utama kelab bola sepak eropah mahu UEFA menyemak kembali peraturan gol di tempat lawan yang digunapakai untuk pertandingan benua anjuran badan induk bola sepak itu.

Ini kerana mereka berpendapat peraturan gol di tempat lawan sudah tidak lagi relevan, mengambil kira ianya tidak sesukar seperti dahulu untuk melakukannya.

(Photo by Alex Grimm/Getty Images)

Jurulatih-jurulatih tersebut turut menuntut agar jendela perpindahan diseragamkan, terutama untuk liga-liga utama di eropah.

Untuk itu, Setiausaha Agung UEFA, Girgio Marchetti berkata UEFA akan mengadakan perbincangan terbuka mengenai hal tersebut, terutama peraturan gol di tempat lawan yang telah digunapakai untuk menentukan pasukan yang lebih layak bergelar pemenang jika dua pasukan terikat secara agregat.

Perjumpaan tahunan bersama jurulatih dan pengurus utama eropah yang diadakan secara tahunan akan menampilkan Massimiliano Allegri (Juventus), Carlos Ancelotti (Napoli), Unai Emery (Arsenal), Paulo Fonseca (Shakhtar Donetsk), Julen Lopetegui (Real Madrid) Jose Mourinho (Manchester United), Thomas Tuchel (Paris St Germain) dan bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

AC Milan’s and PSV Eindhoven’s teams line up with flags denoting the clubs are held up by ball boys (Photo by Adam Davy – EMPICS/PA Images via Getty Images)

“Mereka berpendapat menjaringkan gol di tempat lawan sudah tidak sesukar dahulu…jadi mereka merasakan peraturan tersebut perlu disemak dan kita akan melakukannya,” ujar Marchetti kepada wartawan.

Peraturan gol di tempat lawan mula diperkenalkan di dalam pertandingan European Cup Winners’ Cup pada 1965, dan adalah alternatif kepada kaedah membaling syiling, atau perlawanan ulangan yang akan diadakan di venue berkecuali.

Pada era itu, beraksi di eropah amat mencabar dengan beberapa perkara seperti kesukaran menempuhi perjalanan dan keadaan asing di tempat lawan, jauh sekali sudah berbeza dengan apa yang dihadapi oleh pemain pada hari ini yang sudah dianggap rutin.

(Photo by Mustafa Yalcin/Anadolu Agency/Getty Images)

Marchetti berkata jurulatih dan pengurus berpendapat kaedah itu boleh mendorong kedua-dua pasukan bermain corak bermain menyerang yang lebih menarik, daripada berusaha untuk bertahan demi memastikan tidak dibolosi untuk mencari kelebihan.

“Ini adalah salah satu bahagian yang perlu kita lihat dan semak,” ujar Marchetti mengenai idea tersebut.

Berkenaan jendela perpindahan, kebanyakkan jurulatih dan kelab mahu UEFA mengikuti contoh yang dipraktikkan England dan Itali, iaitu dengan menutup jendela perpindahan sebelum sepak mula musim baharu.

Bagaimanapun, Sepanyol, Jerman dan Perancis masih menunggu sehingga penghujung Ogos untuk perpindahan pemain dilakukan.

Ideanya ialah untuk menyeragamkan jendela perpindahan di semua liga utama eropah sebelum kempen musim baru bermula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN