Saingan Liga 1 Indonesia sememangnya sering disajikan dengan berita pemecatan jurulatih-jurulatih kelab biarpun saingan masih lagi belum tamat sejak musim-musim lalu.
Atas asbab pemecatan sudah tentu berkenaan prestasi dibawa jurulatih di sana yang sangat teruk bersama kelab masing-masing selain beberapa isu lain.
Terbaharu, Borneo FC tampil memecat bekas jurulatih mereka iaitu Pieter Huistra selepas beliau tampil membawa pasukan tersebut bersama kualiti permainan cukup negatif sehingga mempengaruhi kedudukan semasa di carta liga.
✅ RESMI: Borneo FC memutuskan untuk mengakhiri masa jabatan pelatih asal Belanda, Pieter Huistra. 🇳🇱👋🏻
📷 Borneo FC pic.twitter.com/SdX7KynY1I
— Extra Time Indonesia (@idextratime) January 16, 2025
Pemecatan Huistra menjadikan saingan Liga 1 Indonesia kini sudah mengorbankan lapan jurulatih secara keseluruhan tatkala persaingan masih sedang berlangsung.
Selain Huistra, Bola.com turut menyenaraikan jurulatih lain yang turut mengalami nasib serupa beliau pada saingan musim ini bersama kelab masing-masing.
Juan Esnaider
Esnaider menjadi jurulatih pertama musim ini yang dipecat oleh PSBS Biak pada 10 September tahun lalu setelah beliau dianggap gagal oleh pengurusan pasukan.
🚨 OFFICIAL/LEAVES 🚨
Klub promosi, PSBS resmi umumkan telah mengakhiri kerjasama dengan pelatih kepala, 🇦🇷Juan Esnaider.
Juan Esnaider sebelumnya ditunjuk sebagai nakhoda Badai Pasifik untuk mengarungi 🇮🇩Liga1 musim 2024/25 namun hanya bertahan selama 3 pekan usai menelah… https://t.co/uXFJrPSbQQ pic.twitter.com/K9Ri2GmfZv
— . (@Indostransfer) September 10, 2024
Sepanjang mengendalikan PSBS Biak, jurulatih dari Argentina itu menyebabkan pasukan tersebut meraih banyak kekalahan sehingga terlempar ke zon penyingkiran.
Esnaider hanya mampu bertahan sekejap sahaja pada musim ini bersama PSBS Biak sebelum menjadi jurulatih pertama dipecat di saingan Liga 1 Indonesia.
Hendri Susilo
Tidak sampai beberapa hari selepas Esnaider dipecat PSBS Biak, perkara serupa turut berlaku kepada Hendri apabila beliau diberhentikan oleh Semen Padang atas faktor prestasi.
Sepanjang mengendalikan empat perlawanan, Hendri hanya mampu memastikan Semen Padang meraih satu kemenangan dan tiga kekalahan bersama aksi cukup tidak menyakinkan.
🚨 OFFICIAL/LEAVES 🚨
Klub promosi, SEMEN PADANG resmi mengakhiri kerjasama dengan pelatih kepala lokal, 🇮🇩Hendri Susilo.
Hendri Susilo sebelumnya ditunjuk manajemen tim Kabau Sirah dari awal musim 🇮🇩Liga1 2024/25.
Catatan Hendri Susilo bersama SEMEN PADANG:
LLWLSementara… pic.twitter.com/2A88WaWUSG
— . (@Indostransfer) September 14, 2024
Keputusan dilakar itu menyebabkan pihak pengurusan hilang sabar dan memgambil keputusan untuk memecat beliau selaku jurulatih utama.
Widodo Cahyono Putro
Berbanding dua jurulatih di atas, Widodo pula mengambil keputusan untuk mengundur diri selaku pengendali utama Madura United atas dasar tanggungjawab.
Ini kerana Widodo gagal untuk menghasilkan kemenangan buat Madura United sepanjang mengharungi empat perlawanan serta pasukan itu juga tidak konsisten di atas padang.
🚨 OFFICIAL/LEAVES 🚨
Pelatih lokal, 🇮🇩Widodo Cahyono Putro resmi mengundurkan diri sebagai pelatih kepala MADURA UNITED usai menjalani 4 pekan pertama 🇮🇩Liga1 musim 2024/25 ini.
WCP sebelumnya ditunjuk manajemen Laskar Sape Kerrab sebagai nakhoda tim dari awal musim.
Catatan… pic.twitter.com/YUSPeQLInq
— . (@Indostransfer) September 16, 2024
Daripada empat perlawanan itu, Widodo hanya mampu memberi sekali keputusan seri dan tiga kekalahan sebelum dirinya mengambil inisiatif untuk mengundur diri.
Milomir Seslija
Pengurusan Persis Solo mengambil keputusan untuk memberhentikan khidmat Milomir pada 25 September lalu ketika saingan masih baru berlangsung beberapa perlawanan.
Sepanjang bersama Persis Solo, Milomir sempat mengendalikan enam perlawanan peringkat domestik dan meraih satu kemenangan bersama lima kekalahan.
Ketika ini, bekas jurulatih Sabah iaitu Datuk Ong Kim Swee merupakan pengendali utama pasukan tersebut dan berusaha memastikan kelan berkenaan kembali berada pada prestasi terbaik.
Wagner Lopes
PSS Sleman menjadi pasukan seterusnya yang mengorbankan jurulatih utama mereka selepas prestasi buruk dihadapi kelab itu selepas tujuh perlawanan.
Pengendali kelahiran Brazil ini direhatkan PSS Sleman setelah beliau dianggap gagal selepas mengharungi perlawanan menentang Malut United pada aksi ketujuh Liga 1 Indonesia lalu.
Lopes hanya sempat mengendalikan tujuh perlawanan dan menghasilkan satu kemenangan, dua seri, serta empat kekalahan bersama PSS Sleman.
Joel Cornelli
Jika diikutkan, Cornelli tidak tampil terlalu teruk ketika mengendalikan Arema FC dengan corak permainan dipamerkan beliau buat pasukan itu cukup menyakinkan.
Namun, pihak pengurusan kelab tampil dengan kejutan apabila memberhentikan khidmat Cornelli selaku jurulatih pasukan tersebut pada 19 Disember tahun lalu.
Rekod menyaksikan Cornelli berjaya memastikan Arema meraih enam kemenangan, empat kali seri, serta lima kekalahan daripada 15 perlawanan domestik.
Paulo Menezes
Paulo dibawa masuk oleh pihak pengurusan Madura United dalam usaha memastikan kelab berkenaan kembali stabil daripada corak permainan serta memperbaiki kedudukan semasa mereka.
Namun, nasib beliau juga serupa dengan Widodo apabila dirinya gagal memastikan kelab itu meraih keputusan positif selepas mengharungi enam perlawanan.
Setelah 6 pertandingan mengalami kekalahan secara beruntun, Coach Paulo Menezes dan dua Asistennya, Tiago dan Helder mengundurkan dari kursi kepelatihan karena hasil minor yang dihasilkan. pic.twitter.com/RT2iDZeyWH
— Madura United FC (@MaduraUnitedFC) December 18, 2024
Hasilnya, Paulo turut mengambil inisiatif untuk mengundur diri atas sikap tanggungjawab beliau yang gagal membawa naik kualiti permainan kelab berkenaan.