Liverpool mungkin mendapat kelebihan menjelang perlawanan kedua separuh akhir Capital One Cup selepas menang 1-0 ke atas Stoke City.
Tetapi krisis kecederaan mereka semakin melarat selepas Phillip Coutinho dan Dejan Lovren mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan awal pagi tadi.
Coutinho dan Lovren akan menyertai Danny Ings, Divock Origi, Daniel Sturridge, Jordan Rossiter, Jordan Henderson, Joe Gomez, Martin Skrtel, Mamadou Sakho dan Jon Flanagan dalam senarai kecederaan Liverpool.
Ketika ini, Liverpool hanya mempunyai Kolo Toure sebagai pertahanan tengah asli. Menurut laporan The Guardian, Jurgen Klopp mungkin terpaksa membeli pemain dalam jendela perpindahan musim sejuk ini.
Mungkin jika Klopp mendengar cakap jurulatih kecergasan terkemuka dunia, Raymond Verheijen (gambar bawah), pada 2 minggu lepas, krisis kecederaan ini boleh dielakkan.
Sad to see the muscle injuries accumulating at Liverpool FC after Jurgen Klopp arrived. Sad but very predictable. pic.twitter.com/YaOrBQ8JeS
— Raymond Verheijen (@raymondverheije) January 5, 2016
Apatah lagi apabila taktikalnya memerlukan pemain Liverpool berlari 4km lebih daripada mana-mana pemain dari kelab Premier League yang lain.
Raymond Verheijen membuat jangkaan krisis kecederaan Liverpool sebelum Krismas di Twitter dengan menulis:
“Agak menarik untuk memerhatikan Liverpool pada minggu-minggu akan datang kerana mereka akan mengalami krisis kecederaan di bawah jurulatih baru, Klopp.” (sumber)
Menurut Verheijen, menggilir-gilirkan pemain bukanlah penyelesaian sesuai untuk mengatasi masalah kecederaan pasukan.
“Kesesakan jadual perlawanan dalam Premier League pada minggu ini (minggu Krismas) adalah asas kejatuhan England pada kejohanan EURO 2016 akan datang.”
“Orang yang tak faham tentang bola sepak berfikir ‘menggilir-gilirkan pemain’ adalah penyelesaian bagi jurulatih untuk mengatasi kesesakan jadual perlawanan.”
“Menggilir-gilirkan pemain adalah bertentangan dengan prinsip asas sukan seperti bola sepak yang memerlukan pemain sentiasa berkomunikasi dengan baik.”
“Jika pemain selalu bermain bersama, tindakan mereka di atas padang akan menjadi automatik kerana mereka sudah serasi bersama. Ini meningkatkan peluang pasukan untuk menang.”
“Jadi polisi menggilir-gilirkan pemain untuk mengatasi kesesakan jadual hanya menyebabkan komunikasi antara pemain di atas menjadi teruk. Ini mengurangkan pelaung pasukan untuk menang.”
Tidak cukup dengan menghentam orang yang menyokong polisi penggiliran pemain, Verheijen turut menghentam England FA.
“Mengapa perlawanan EPL berlangsung pada 26 dan 28 Disember, bukannya 26 dan 29 Disember? Siapa yang bertanggungjawab merancang jadual merepek sebegini?”
“Liverpool menentang Sunderland pada malam Rabu. Kenapa mereka perlu bermain lagi pada petang Sabtu ketika menentang West Ham dan bukannya pada hari Ahad?”
“Minggu depan (minggu ini) Liverpool perlu bermain lagi pada hari Selasa (vs Stoke City) dan Jumaat (vs Exeter City). Siapa yang bertanggungjawab merancang jadual sebegini: Rabu-Sabtu-Selasa-Jumaat?
Verheijen turut memberi jawapan (pada perspektifnya) tentang cara mengatasi krisis kecederaan pemain.
“Rehat mandatori 3 hari antara perlawanan, strategi pemulihan selepas perlawanan & prinsip periodisation adalah penyelesaian kepada kesesakan jadual.”
“Kepenatan berterusan adalah punca utama kecederaan. Cara England merancang perlawanan ibarat bermain Russian roulette dengan kesihatan pemain.”
“Tahun lepas, ketua jurulatih Ajax Frank de Boer menghancurkan peluang pasukannya menang liga dengan menyuruh pemainnya berlatih 9 sesi dalam masa 6 hari ketika kem latihan Januari di Qatar.”
Agak menarik apabila mendengar jurulatih kecergasan yang dihormati seperti Verheijen memberikan pendapat jujurnya tentang krisis kecederaan Liverpool.
Adakah anda bersetuju dengan pendapatnya, penyokong Liverpool?
Baca juga: Bagaimana Bola Sepak 5-A-Side Boleh Dijadikan Latihan Untuk 11-A-Side