Jurulatih England Salahkan Man Utd Ganggu Fokus Wan-Bissaka

Ketua jurulatih skuad England Bawah 21, Aidy Boothroyd menyalahkan Manchester United kerana membuatkan Aaron Wan-Bissaka kurang memberikan fokus terhadap tugasan bersama negaranya.

Wan-Bissaka adalah antara pemain yang disasarkan United di jendela perpindahan pada kali ini dan bidaan pertama bernilai sekitar £40 juta oleh United dilaporkan telah ditolak oleh Crystal Palace.


Pemain itu dijangka akan memaksa United membayar sehingga £60 juta termasuk pelbagai jenis bayaran tambahan lain sebelum Crystal Palace boleh diyakinkan untuk melepaskan beliau ke Old Trafford.

Dan menurut Boothroyd, Wan-Bissaka yang menjaringkan gol sendeiri dalam perlawanan pembukaan Euro B-21 kelihatan sedikit terganggu dengan pelbagai laporan melibatkan perpindahan dirinya.

“Apabila timbul pelbagai spekulasi, ia begitu mudah untuk mengalihkan fokus pemain,”ujar Boothroyd.

“Untuk seorang pemain muda, beliau [Wan-Bissaka] selama ini beliau hanya tahu mengenai akademi di Crystal Palace, dan kelab bola sepak Crystal palace sahaja. Ia mungkin ‘bodoh’ jika menganggap perkara sebegini [spekulasi perpindahan] tidak akan menganggu langsung pemikiran pemain.

“Beliau [Wan-Bissaka] tidak bercakap banyak mengenai hal ini. Tetapi apa yang saya boleh katakan ialah supaya jangan cuba mengetahui terlalu banyak mengenai perpindahan itu. Beliau adalah jenis individu yang gemar menyimpan perkara untuk dirinya, dan kurang berkongsi.

Pemain pertahanan berusia 21 tahun ini masih memiliki kontrak selama tiga tahun bersama Palace. Musim lalu beliau beraksi dalam 35 perlawanan, dan memenangi anugerah pemain terbaik kelab itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN