Jurulatih kelab Liga Thailand, Seksan Siripong melihat Indonesia sebagai sebuah pasukan yang mempunyai masa depan yang cukup cerah dalam pentas bola sepak Asia Tengggara meskipun tewas 4-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2020.
Seksan Siripong yang mengendalikan Kamphaengphet FC menjangkakan skuad kendalian Shin Tae-yong yang diwakili oleh majoriti pemain muda itu bakal muncul sebagai sebuah pasukan yang ‘mengerikan’ dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura, Kallang itu, kualiti dua pasukan terlihat jelas berbeza selepas Thailand yang dibarisi oleh pemain-pemain berpengalaman dengan reputusai tinggi lebih banyak mendominasi permainan.
not the result we want, but Indonesian don't know to give up , no matter what happens @PSSI 🇮🇩🙌🏻#AFFCup2020 #Singapore #PSSI pic.twitter.com/O8EO7biZ8S
— nadeowinataa_1 (@nadeowinataa_1) December 29, 2021
Namun demikian, Seksan Siripong melihat ia sebagai pendedahan yang cukup baik buat skuad kebangsaan Indonesia untuk jangka masa panjang.
“Banyak pemain muda dalam pasukan Indonesia. Mungkin Shin Tae-yong tidak mempunyai masa yang cukup, tetapi ini hanyalah permulaan baginya,” ujar jurulatih yang lebih dikenali sebagai ‘Coach Sek’ yang dilaporkan oleh media Indoneisia Bola.com.
“Penampilan Indonesia di Piala AFF 2020 sudah bagus. Mereka berani bermain dengan hantaran pendek, walaupun masih banyak hantaran yang kurang tepat. Tapi dalam dua hingga tiga tahun lagi, mereka akan menjadi pasukan yang ‘mengerikan’.
FIRE SATURDAY!! 🔥🔥🔥#KitaGaruda #MeraihImpian #EmergingStrongerTogether #TimnasDay pic.twitter.com/PXtpETWnGx
— PSSI (@PSSI) December 25, 2021
“Shin Tae-yong berada dalam landasan yang tepat dengan bekalan pemain muda yang penuh bertenaga ini.”
Dalam pada itu, Shin Tae-yong menerima kekalahan pasukannya dan memuji persembahan Thailand yang dianggap berada pada satu tahap yang berbeza.
Menurutnya kejayaan mereka menumpaskan juara bertahan Vietnam di separuh akhir sudah membuktikan bahawa skuad Thailand ketika ini adalah pasukan yang berbeza berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.
Jurulatih warga Korea Selatan itu mengakui peluang Indonesia untuk menjuarai kejohanan pada tahun ini seperti satu ‘misi mustahil dengna defisit empat gol menjelang perlawanan akhir kedua, namun ia bukan alasan untuk anak buahnya menampilkan aksi terbaik pada Ahad ini.
“Memang kalau melihat aksi hari ini, ia tidak mungkin [muncul juara]. tetapi bola itu bulat, kita akan bekerja keras hingga akhir. Harus bekerja keras untuk penyokong Indonesia bagi mendapatkan keputusan yang baik.”
❝I’m not going to focus too much on what went wrong tonight, but rather on what we did well to keep encouraging the players.
❝The ball is round, we won’t give up, and we’ll keep fighting.❞
🇮🇩 Indonesia coach Shin Tae-yong says it's not over, till it's over 💪 pic.twitter.com/YCRGbGwg1l
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 30, 2021