Croatia pada musim panas ini mengharungi satu kejohanan Piala Dunia 2018 yang cukup baik buat mereka.
Mereka kini berada di peringkat separuh akhir dan akan bertemu England untuk memburu slot ke perlawanan akhir.
Tugas jelas sukar buat Croatia berhadapan antara pasukan yang mempunyai potensi yang cukup besar untuk muncul juara.
Namun begitu jurulatih Croatia Zlatko Dalic, semuanya itu boleh diatasi.
Beliau mengakui pasukannya tidak gentar dalam menghadapi skuad England.
“Kami percaya akan kekuatan kami. Kami tak takut dengan England.”
Dalic turut berkata beliau mempunyai keyakinan terhadap barisan pertahanan beliau untuk menyekat kemaraan pemain seperti Harry Kane dan juga Raheem Sterling.
Menurut beliau, dua pemain tersebut dianggap sebagai ancaman utama pasukan England.
Keyakinan itu hadir selepas mereka berjaya menyekat pemain berpengaruh seperti Lionel Messi dan juga Christian Eriksen dalam perlawanan terdahulu.
“Harry Kane merupakan penyerang yang cukup baik dan beliau bukanlah mudah untuk dihentikan.”
“Tapi kami ada pertahanan yang cukup baik. Kami berjaya halang Lionel Messi dan Christian Eriksen jadi kami harap kami dapat halang beliau juga.”
Dalic mengakui England adalah seorang pasukan yang cukup baik dan bermain permainan bola sepak yang cukup pantas.
“Dari apa yang saya perhatikan mereka bermain dengan bola sepak pantas dengan mengamalkan taktik bermain secara terus (direct football).”
“Mereka juga baik ketika situasi bola mati dan para pemain tinggi lampai mereka cukup berbahaya ketika sepakan penjuru.”