Jurulatih Baharu Kedah Akan Diketahui Pada 8 Oktober 2018

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dijangka akan memuktamadkan nama pengendali baharu skuad Lang Merah termasuk senarai pemain yang dikekalkan untuk musim depan pada 8 Oktober 2018.

Menurut Setiausaha Kehormatnya, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata kepada Sinar Harian, persatuan tersebut akan meneliti  semua pandangan atau cadangan daripada pelbagai pihak untuk dibawa dalam Mesyuarat Exco KFA.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menentukan ketua jurulatih dan pengurusan baharu pasukan Liga Super Kedah.

“Kami ambil perhatian, terbuka dan mendengar cadangan semua pihak namun pada akhirnya akan dibincangkan dalam mesyuarat.

“Pandangan dari Persatuan Kelab Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (KEPDA), kelab-kelab penyokong lain atau bekas pemain juga kami ambil maklum” katanya.

Nasib pemain Kedah akan ditentukan pada bulan depan. FOTO: KFA

Laporan daripada Sinar Harian tersebut turut menyebut, KFA sedang membuat penstrukturan semula pengurusan dan juga pasukan bagi musim hadapan.

Ini bermakna pada mesyuarat tersebut, barisan Exco akan turut membincangkan hala tuju dan masa depan semua pemain termasuk pemain import.

“Berhubung ketua jurulatih baru, beberapa nama akan dicadangkan sebelum pemilihan akhir dibuat,” katanya.

Baru-baru ini, Kelab Penyokong Darul Aman (KEPDA) mencadangkan bekas Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah diambil sebagai ketua jurulatih Kedah bagi mengembalikan semula kegemilangan pasukan itu.

Pengerusinya, Nor Asmadi Hamzah berkata, Ketua Jurulatih Kedah Bawah 21 Tahun, Victor Andrag pula adalah gandingan terbaik Mohd Azraai untuk mengemudi pasukan tersebut dan wajar diberi ruang sebagai penolong ketua jurulatih utama musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN