Jurgen Klopp: Tujuh Pemain Liverpool Calon Ballon d’Or itu Biasa

Jurgen Klopp dengan nada berseloroh mendakwa beliau terkejut melihat masih ramai pemainnya yang lain tidak dicalonkan untuk anugerah Ballon d’Or selepas tujuh pemain Liverpool berada dalam senarai.

Penjaga gol Alisson Becker, pertahanan Virgil Van Dijk dan Trent Alexander Arnold, pemain tengah Giorginio Wijnaldum dan penyerang tiga serangkai Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino mucul dalam 30 senarai akhir yang diumumkan oleh majalah France Football dan L’Equipe pada Isnin.

“Soalan pertama saya, siapa yang tidak dicalonkan?” tanya pengendali berusia 52 tahun itu dalam sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Genk.

“Apabila pemain memenanginya, ianya satu pencapaian yang besar. Tetapi jika mereka tidak berjaya, diharapkan ianya tidak terlalu menyakitkan. Dengan cara mereka bermain pada musim lepas, adalah normal untuk melihat ramai dalam kalangan mereka dicalonkan oleh pakar-pakar bola sepak di seluruh dunia.”

Klopp memberikan pujian kepada kesuluruhan skuadnya selepas mereka malangkah ke perlawanan akhir UCL dua kali berturut-turut, menang satu daripadanya dan mengejar rapat Manchester City untuk muncul naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lepas.

“Saya rasa, kami layak untuk mendapat tujuh pencalonan itu. Saya tidak pasti jika itu adalah tanda kelab ini merupakan destinasi yang tepat untuk pemain. Kami akan terus berusaha keras untuk dua tahun seterusnya dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.

“Secara umumnya saya bangga dengan pemain-pemain saya, bukan semata-mata disebabkan tujuh daripada mereka telah dicalonkan. Saya sangat menyayangi mereka dan saya gembira apabila mereka menang sesuatu [anugerah].”

Untuk sebuah pasukan yang sudah mencapai kejayaan mara ke final, rekod Liverpool di tempat lawan untuk kejohanan terulung di Eropaj ini tidaklah begitu baik. Mereka tewas empat perlawanan terakhir mereka dan cuma menjaringkan satu gol sahaja.

Klopp mengakui kelemahan itu dan mereka sedar sesuatu harus dilakukan untuk memperbaikinya.

https://twitter.com/foothlines/status/1186737341836267520?s=20

“Tahun lepas kami bernasib baik dengan persaingan sengit di peringkat kumpulan, tewas tiga perlawanan di tempat lain dan kami masih berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya. Harap ianya tidak berulang lagi.” tambah jurulatih warga Jerman itu.

Liverpool mendapat berita baik dan buruk di mana Salah dijangka akan kembali berlatih bersama pasukan tetapi mereka telah kehilangan Joel Matip dan Alexander-Arnold yang disisihkan akibat kecederaan di samping Xherdan Shaqiri turut masih menerima rawatan di Switzerland.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN