Jurgen Klopp Tidak Tolak Kemungkinan Liverpool Bakal Berbelanja Pada Jendela Perpindahan Januari

perpindahan
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Ketika skuad bimbingannya dilihat mempunyai kekuatan yang cukup bagi merealisasikan impian menggunung menamatkan penantian begitu lama untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, Jurgen Klopp seolah-olah berhajat dalam usaha memperkasakan pasukannya pada jendela perpindahan Januari nanti.

Pendahulu saingan EPL dengan kelebihan empat mata dibelakang juara bertahan, Manchester City itu terpaksa melupakan dua pemain pertahanan, Joe Gomez dan Joel Matip akibat kecederaan.

Trent Alexander-Arnold dan Naby Keita juga dalam pemerhatian dan pemeriksaan lanjut akan dibuat terhadap mereka berdua.

Klopp mengakui bahawa beliau akan membuka pintu kepada pencarian pemain baharu sekiranya beliau terus kehilangan pemain akibat kecederaan.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 16: Jurgen Klopp, Manager of Liverpool and Alisson of Liverpool celebrate following their sides victory in the Premier League match between Liverpool FC and Manchester United at Anfield on December 16, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Saya sangat gembira dengan apa yang saya miliki tetapi saya sentiasa berkata, anda tidak akan tahu. Saya akan membuka pintu (merekrut pemain baharu).”

”Jika sesuatu berlaku, kami perlu menelitinya. Sejumlah perlawanan yang dahsyat akan menjelma. Ia sangat penting buat kami untuk bertindak balas.”

”Sekiranya sesuatu berubah dengan dramatik, kami perlu untuk melihatnya tetapi sekiranya tiada apa yang berlaku, kami tidak akan melakukan apa-apa (pembelian).”

Pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Alisson Becker, Fabinho, Naby Keita dan Xherdan Shaqiri menjadi anggota baharu buat The Reds.

Keempat-empat pemain tersebut telah memainkan peranan yang cukup penting buat Liverpool ketika ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN