Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui beliau terkejut dengan taktikal Arsenal ketika bertandang ke Anfield semalam.
Liverpool menang 3-1 ke atas Arsenal. Gol-gol Liverpool adalah menerusi Mohamed Salah (2) dan Joel Matip. Manakala Arsenal mendapat gol saguhati menerusi Lucas Torreira.
EPL: Liverpool Tumpaskan Arsenal, Kekalkan Permulaan Sempurna – https://t.co/dMEzUKgovO pic.twitter.com/9BR1Xft4QN
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 24, 2019
Dalam aksi di Anfield, Arsenal bermain dengan lebih defensif dan cuba menyerang balas pasukan Liverpool. Klopp menjangkakan pasukan bimbingan Unai Emery itu lebih terbuka seperti biasa.
Semua orang turut menjangkakan kedua-dua pasukan akan bermain dengan taktikal yang ofensif.
Klopp berkata: “Saya terkejut dengan sistem yang dimainkan Arsenal hari ini. Saya tidak pernah melihat mereka bermain begitu, dan tidak menjangka sama sekali.”
“Arsenal tidak melakukan pressing ke atas pasukan kami. Sebaliknya memilih untuk berkumpul sangat jauh belakang [drop deep].”
“Saya tidak pasti mereka ada bermain seperti itu pada pra-musim, saya tak pernah lihat.”
Klopp kemudian mengakui, Liverpool diberikan ruang yang besar di bahagian sayap yang membolehkan mereka menggunakan kawasan tersebut untuk mencipta peluang menerusi hantaran silang.
“Sistem Arsenal membolehkan kami memiliki ruang di bahagian sayap, jelas sekali membolehkan kami menukar arah bola.”
“Cuma kami ada sedikit masalah dengan pergerakan di dalam kotak penalti, yang agak penuh muslihat daripada pasukan yang bertahan.”
“Mereka memenangi banyak sekali pertarungan di udara, namun kami memenangi banyak bola kedua, dan segera meletakkan mereka dalam tekanan. Namun kami gagal mendapatkan hasil yang kami mahukan.”
Over 70 minutes in and just look at those average positions.
Attack v defence
Liverpool 3-0 ArsenalLive text 👉 https://t.co/JATDB1rzsc #LIVARS pic.twitter.com/RLkMWMXkqI
— Match of the Day (@BBCMOTD) August 24, 2019
Corak taktikal Arsenal yang agak pasif ini membuatkan Liverpool menikmati banyak pergerakan di kawasan mereka. Liverpool melakukan 25 percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini.
Unai Emery walaubagaimanapun mempertahankan taktikal beliau dan menganggap mereka berjaya untuk meneutralkan ancaman oleh Liverpool terutama sekali dalam situasi bola lintang.