Semalam 2 pemain baharu Liverpool melakukan penampilan pertama mereka dalam kemenangan menentang West Ham United.
Alisson Becker beraksi sebagai penjaga gol sementara Naby Keita beraksi di bahagian tengah bersama-sama Gini Wijnaldum dan juga James Milner.
Keita semalam jelas menghasilkan persembahan yang cukup baik bersama Liverpool dan pengurus Jurgen Klopp tidak terkejut dengan itu.
Menurut laman Goal, Klopp sudah menjangkakan pemain tersebut akan memberikan persembahan yang cemerlang dalam perlawanan tersebut.
Hal ini kerana, Klopp menjangkakan yang Keita akan dapat mensesuaikan diri dengan iklim bola sepak Inggeris.
“Sememangnya satu persembahan yang cukup hebat.”
“Selepas 6 minggu saya tidak melakukan sebarang perbandingan antara pemain baharu dengan pemain lama.”
“Hal ini kerana bagi saya, Keita sama penting dengan James Milner dan juga Gini Wijnaldum. Wijnaldum bersedia untuk terus memperbaiki mutu permainan beliau.”
Tambah Klopp lagi, Keita dapat menterjemah aksi cemerlang beliau ketika di Jerman kepada aksi di England apabila beliau diletakkan dalam posisi yang sama ketika bermain untuk RB Leipzig.
“Saya sudah katakan sebelum ini yang Keita akan dapat sesuaikan diri dengan Premier League dengan cepat.”
“Hal ini kerana beliau bermain di posisi yang sama ketika beliau bermain di Bundesliga sebelum ini.”
Selain dari Keita dan Alisson yang melakukan penampilan pertama semalam, Xherdan Shaqiri turut beraksi untuk Liverpool semalam.
Beliau masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.