Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan yang beliau tidak mempunyai rancangan untuk melakukan dominasi dalam bola sepak Inggeris kerana faktor tahap kompetitifnya yang terlalu tinggi.
Tidak mahu membebankan fikiran yang sudah terbeban dengan intesiti bola sepak England yang tinggi, Klopp lebih bersederhana dengan hanya fokus untuk memenangi perlawanan satu demi satu.
“Saya tak rasa akan ada orang mendominasi bola sepak Inggeris kerana ianya terlalu sukar, 100 peratus.”
“Liga ini terlalu mencabar serta kalendar yang terlalu mencabar,” kata Klopp menerusi Goal.
Pada hemat Klopp, ianya adalah salah satu cara untuk memenangi kejuaraan dengan memenangi perlawanan selain memerlukan sedikit tuah ketika beraksi.
“Lebih banyak perlawanan yang dimenangi, lebih dekat kita dengan kejuaraan. Kalau perlawanan piala, kita perlu lakukan sentuhan terakhir [untuk memenanginya]. Itu saja.”
“Kami tidak merancang untuk mendominasi dunia tahun hadapan, fokus kami adalah untuk perlawanan seterusnya iaitu menentang Crystal Palace.”
Klopp baru-baru ini memenangi gelaran jurulatih lelaki terbaik untuk FIFA Football Awards selain menyaksikan empat pemainnya memasuki FIFPro World XI.
Mereka adalah Alisson Becker, Virgil Van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Thiago Alcantara.
“Kita semua perlu mengharungi waktu ‘gila’ ketika ini dan juga waktu-waktu yang lain. Kita ada empat pemain terbaik di dunia musim lepas dan salah seorangnya adalah dibeli dari Bayern Munich yang dilihat satu pembelian yang bijak. Saya boleh katakan yang kami mempunyai pasukan yang baik.”
Baca juga artikel kami mengenai Jurgen Klopp:
Jurgen Klopp: Mo Salah Ditolak, Ia Jelas Merupakan Satu Kekasaran