Jurgen Klopp: Salah Kami, West Brom Memang Berhak Raih Mata

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tanpa berselindung mengakui kegagalan skuad bimbingannya untuk meraih kemenangan pada perlawanan bertemu West Bromwich Albion (WBA) dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, awal pagi tadi merupakan kesilapan mereka sendiri.

Aksi di Anfield itu bukanlah aksi yang boleh dibanggakan Klopp kerana The Reds hanya mampu mendapatkan dua percubaan tepat ke arah pintu gol lawan meskipun mendominasi sebahagian besar perlawanan.

Liverpool berjaya membuka tirai jaringan menerusi Sadio Mane ketika perlawanan memasuki minit ke-12 tetapi kedudukan itu disamakan pada minit ke-82 hasil tandukan pemain pertahanan, Semi Ajayi sekali gus kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Sehubungan dengan itu, Klopp juga kelihatan kecewa dengan aksi separuh masa kedua yang ditampilkan oleh anak buahnya.

”Sejujurnya, West Brom melakukan tugasan dengan baik pada 90 minit perlawanan,” ujar Klopp menurut laporan Goal.

”Saya tidak fikir sesiapapun boleh mengharapkan sebuah pasukan bermain seperti ditunjukkan West Brom pada separuh masa pertama, seperti formasi 6-4-0 atau apa sahaja. Saya berfikir kami bermain dengan baik.”

”Pada separuh masa kedua, kami tidak melakukan perkara yang sama dan mereka mendapat tiga serangan balas pantas. Ia merupakan kesilapan kami dan itulah sebabnya kami hanya mendapat satu mata sahaja.”

”Ia merupakan tentangan yang luar biasa untuk kekal aktif, untuk terus ‘hidup’ apabila anda berterusan untuk menerima serangan daripada 10 orang pemain.”

”West Brom berhak untuk mendapatkan mata pada malam ini [pagi tadi] kerana kami tidak ‘menyelesaikan’ permainan. Ia sangat sukar untuk mencipta peluang.”

”Pada akhirnya semua orang tahu dan merasakan kami seharusnya melakukan lebih baik lagi pada perlawanan ini,” tambah Klopp lagi.

Meskipun sekadar mencatatkan keputusan seri, kedudukan Liverpool di tangga teratas tidak tergugat apabila pencabar utama sebelum ini, Leicester City juga mencatatkan satu mata apabila seri 2-2 bertemu Manchester United.

Kredit featured image: Nick Potts – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Ini Perkara Sebabkan Klopp Tidak Berikan Lilitan Kapten Kepada Salah

Klopp Bengang Cadangan Lima Pertukaran Pemain Ditolak Majoriti Kelab EPL

Jurgen Klopp: Sukar Untuk Menang Di England, Apatah Lagi Mendominasinya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN