Jurgen Klopp Pernah Menangis Kerana Gagal Dapatkan Pemain Ini

Jurgen Klopp dikatakan pernah menangis hanya gara-gara beliau gagal untuk menandatangani bekas bintang Tottenham Hotspur, Kevin Prince-Boateng.

Kembali pada tahun 2007 yang lalu, Kevin Prince-Boateng telah melengkapkan perpindahannya menyertai kelab dari Premier League, Tottenham Hotspur dari Hertha BSC.

Beliau ketika itu dilaporkan telah ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £5.4 juta.

Walau bagaimanapun, beliau sebenarnya telah melalui musim yang sangat sukar ketika awal kariernya di England.

Kerana gagal menepati harapan kelab, Boateng telah dipinjamkan ke Borussia Dortmund pada tahun 2009 yang lalu.

Di bawah kendalian Jurgen Klopp, Prince-Boateng telah membuat 10 penampilan dalam saingan Bundesliga dengan beliau ketika itu membantu kelab untuk mengakhiri saingan pada musim tersebut di kedudukan keenam.

Oleh kerana aksi dan persembahan memukau yang beliau persembahkan, Jurgen Klopp telah memutuskan untuk menandatangani Boateng menerusi perjanjian pembelian tetap.

Walau bagaimanapun, dek kerana Dortmund ketika itu dibelenggu masalah kewangan yang agak teruk, maka agak mustahil untuk mereka membeli Prince-Boateng.

Kevin Prince-Boateng akhirnya telah meninggalkan Tottenham Hotspur untuk menyertai satu lagi kelab Inggeris, Portsmouth.

Mengenang semula kariernya bersama Borussia Dortmund, Kevin Prince-Boateng telah mendedahkan satu kisah menarik di podcast FIVE bersama Rio Ferdinand.

“Ketika mereka umumkan yang saya akan ke Dortmund, mereka (penyokong) terus menghentam kelab, mereka ketika itu kata, ‘Kenapa kamu bawa dia (Boateng?), dia tu gila. Adakah kelab tak nampak apa yang dia buat bersama Tottenham?'”

Jelas Prince-Boateng memulakan perbicaraan.

Bintang berusia 36 tahun itu turut menceritakan kisah tentang bagaimana Jurgen Klopp memuji serta mengagumi beliau sebelum ini.

Beliau mendedahkan tentang apa yang Klopp katakan kepada media pada ketika itu dengan pengurus dari Jerman itu dikatakan telah bercakap bahawa:

“Saya bawa dia ke sini, saya akan jadikan dia pemain yang hebat’. Prince-Boateng ada sebuah buku yang memiliki 1000 halaman dan setiap halaman itu berbeza, itu lah bagaimana hebatnya dia.”

Jelas Klopp kepada media menurut Boateng.

“Saya berani katakan yang saya boleh berikan hidup saya kepada dia. Setiap pemain sanggup mati untuk dia di atas padang kerana dia boleh beri kamu perasaan yang meyakinkan, juga perasaan kasih dan sayang.”

“Apa saja kamu lakukan, jika kamu buat kesilapan, dia tentu akan ada di sana.”

Prince-Boateng kemudiannya meneruskan ucapan beliau dengan menyatakan:

“Saya perlukan orang seperti itu, orang yang mempercayai saya kerana selepas Martin Jol dan Juande Ramos, tidak ada yang mempercayai saya. Saya sendiri tak percaya pada diri sendiri. Saya menyerah.”

“Berat saya terlebih enam ke tujuh pounds, jadi dia pula beri saya perasaan seperti itu, itu lah ketika saya ke sana saya beri yang terbaik.”

Boateng kemudiannya mendedahkan tentang bagaimana Jurgen Klopp menangis kerana gagal untuk mendapatkan khidmatnya.

“Tapi ia tak menjadi. Dia hubungi saya secara peribadi dan dia kata mereka (Dortmund) tak boleh beli saya, mereka tak ada duit. Kami sama-sama nangis. Memang betul-betul menangis. Kami ada hubungan yang sangat bagus.”

Di dalam temu bual sama, Boateng turut mengakui yang Klopp merupakan pengurus terhebat dalam dunia bola sepak atas sumbangannya sendiri.

Beliau mengakui yang Klopp memiliki ciri sempurna untuk dianggap sebagai antara jurulatih terhebat sepanjang zaman.

Mungkin Klopp benar-benar sayangkan Boateng dan berharap agar bekas bintang Tottenham Hotspur itu menyertai skuadnya pada ketika itu.

Siapa agaknya pemain lain yang mampu buat Klopp menangis kerana tak dapat lagi khidmat mereka? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN