Jurgen Klopp Pelik Kenapa Man Utd Dapat Lebih Sepakan Penalti Berbanding Pasukannya

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tanpa berselindung mengakui skuad bimbingannya berhak mendapat sepakan penalti pada perlawanan menentang Southampton yang menyaksikan The Reds tunduk 0-1 di St Mary’s Stadium.

Meskipun mendominasi sebahagian besar perlawanan sejak dari wisel permulaan ditiup pengadil bertugas, Andre Marriner, Liverpool kelihatan bergelut untuk mendapatkan peluang terbaik apabila hanya mampu mendapat satu percubaan tepat menerusi Sadio Mane sepanjang 90 minit aksi.

Tetapi, ada dua keadaan yang disifatkan Klopp mampu untuk menghadirkan sepakan penalti buat anak buahnya di mana rembatan Georginio Wijnaldum terkena tangan pemain Southampton dan kekasaran Kyle Walker-Peters terhadap Mane.

Keadaan tersebut membuatkan pengendali kelahiran Jerman itu hampa dengan keputusan tidak menghadiahkan sepakan penalti buat Liverpool.

”Situasi terbaik adalah ketika Sadio memiliki bola. Sesiapa yang mengatakan Sadio Mane suka menjatuhkan badan adalah lawak terhebat di dunia.”

”Dia cuba untuk terus berdiri, Terdapat dua situasi apabila pasukan lain menghadapinya dan mereka mendapat sepakan penalti,” ujar Klopp menurut laporan Goal.

”Ianya terkena tangan, sekarang saya tahu siapa yang akan memberikan penjelasan kepada saya.”

”Sekiranya pemain ini mudah untuk jatuh, maka kami akan mudah mendapatkan penalti dan juga penalti pada perlawanan terakhir [bertemu Newcastle]. Tetapi apa yang dilakukan oleh Andre Marriner pada perlawanan ini, saya tidak pasti sama ada ianya baik, jujur saya katakan.”

”Dia mencuba berhabis-habisan, menghadapi beberapa terjahan hebat daripada [James] Ward-Prowse, tetapi terdapat banyak situasi di mana kami seharusnya mendapat sepakan percuma.

”Situasi terakhir apabila dia terjatuh dalam kawasan penalti, jika anda melihatnya, terjahan dia [Walker-Peters] mengenai kaki kiri Mane. Ia merupakan satu lagi sepakan penalti.”

”Sekarang ini saya mendengar bagaimana Man United mendapat lebih sepakan penalti daripada pasukan lain dalam masa dua tahun, dibandingkan saya dalam lima tahun setengah. Saya tidak tahu apakah itu kesalahan saya atau bagaimana ianya boleh terjadi,” tambah Klopp lagi.

Kredit featured image: Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Ini Perkara Sebabkan Klopp Tidak Berikan Lilitan Kapten Kepada Salah

Jurgen Klopp: Salah Kami, West Brom Memang Berhak Raih Mata

Jurgen Klopp Enggan Terlalu Memikirkan Tentang Kedudukan Liga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN