Dalam kelompok penyokong Liverpool, terdapat pihak yang sering menyoalkan tentang kredibiliti Jordan Henderson sebagai pemain tengah dan juga kapten kelab.
Ada yang berasakan pemain itu tidak layak beraksi di kesebelasan utama, apatah lagi menjadi kapten dan ada juga berfikiran sebaliknya.
Walaupun situasi ini berlaku dalam kalangan penyokong Liverpool, Jurgen Klopp tetap percaya yang pemain itu adalah calon terbaik untuk tugas itu.
Selain Henderson, James Milner dipilih sebagai timbalan kapten bagi pasukan Liverpool.
Keputusan itu nyata merupakan pilihan Klopp, namun untuk penyandang kapten ketiga dan keempat pula ditentukan oleh para pemain Liverpool sendiri menerusi undian.
“Jordan Henderson akan kekal menjadi kapten Liverpool sementara James Milner dipilih sebagai timbalan kapten.”
“Kami melakukan undian dalam kalangan pemain untuk menentukan yang berhak menjadi kapten seterusnya.”
“Oleh kerana ada dua pemain Belanda yang penting dalam skuad ini, skuad memilih Virgil Van Dijk dan Gini Wijnaldum sebagai kapten ketiga dan keempat.”
Keputusan yang dilakukan oleh para pemain Liverpool ini dilakukan memandangkan Van Dijk dan Wijnaldum merupakan pemain yang penting buat kelab itu pada musim ini.
Untuk rekod, Van Dijk mengetuai skuad Liverpool dalam perlawanan UEFA Champions League menentang Red Star Belgrade tempoh hari.
Ianya dilakukan selepas juara Eropah 5 kali itu beraksi tanpa Henderson dan juga Milner.