Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui anak buahnya mendapat banyak pengajaran daripada kekalahan besar pasukannya keatas Manchester City tempohari.
Klopp mahukan pemainnya untuk mengambil langkah bagi memperbaiki segala aspek yang mengecewakan berbanding terlalu memikirkan perkara negatif yang terjadi pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad itu.
Liverpool terpaksa menelan kepahitan apabila tumbang 5-0 ditangan skuad bimbingan Pep Guardiola pada Sabtu lalu dan lebih memeritkan apabila kehilangan Sadio Mane pada babak pertama akibat kekasaran yang dilakukan pemain antarabangsa Senegal itu terhadap penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes.
Liverpool hanya ketinggalan 1 gol apabila beraksi 11 pemain dan segalanya tampak berubah selepas Sadio Mane diperintahkan keluar padang pada minit ke-37 perlawanan.
”Kami mempunyai banyak perkara yang dapat dipelajari daripada perlawanan ini (menentang Manchester City),” jelas Jurgen Kloop kepada Liverpoolfc.com.
”Saya sangat marah ketika separuh masa pertama. Bukan marah kerana keputusan perlawanan tetapi kami sepatutnya 100 % menang pada perlawanan ini.”
”Ia sudah tidak penting lagi. Kami telah tewas 5-0, saya tahu ianya agak gila. Pada separuh masa pertama kami tidak bermain seperti yang diharapkan.”
”Kadangkala tidak mustahil selepas rehat saingan perlawanan antarabangsa, perancangan dan posisi akan berbeza kerana mereka beraksi di seluruh dunia. Saya tidak sukakannya tetapi kami tidak boleh mengubahnya. City juga kelihatan sedikit bergelut dengan keadaan ini.”
”Kami mempunyai beberapa peluang dan kemudiannya dibolosi satu gol, lupakannya kerana ia sudah berlaku. Tetapi kad merah buat Sadio Mane memberikan kelebihan buat mereka.”
”Semua orang tahu agak sukar apabila kekurangan seorang pemain dan kami cuba bermain sedikit ke bawah. Namun ianya tidak masuk akal.”
“Kami mempunyai banyak perkara untuk belajar pada hari ini, tetapi masalahnya hari ini kita tidak boleh mengubahnya, kita hanya boleh belajar daripada itu dan mencipta masa depan yang lebih baik,” kata Jurgen Klopp lagi.
Sumber :
Liverpool FC (2017) – http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/274799-jurgen-klopp-reds-have-a-lot-to-learn-from-man-city-defeat