Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kritik rancangan Arsene Wenger yang mencadangkan Piala Dunia dianjurkan setiap dua tahun sekali.
Beliau menegaskan yang jika ia berlaku, ia hanyalah kerana duit dan sama sekali tidak memikirkan tentang kebajikan para pemain.
Wenger yang kini menjadi Pengarah Pembangunan FIFA mencadangkan agar Piala Dunia diadakan secara dwitahunan dengan harapan ianya mewujudkan sebuah pertandingan yang “mudah difahami” serta tidak mempunyai niat untuk “membuat duit” dibelakangnya.
🗣️ "It’s all about money, that’s how it is."
Jurgen Klopp didn't hold back 👀
— talkSPORT (@talkSPORT) September 11, 2021
Namun begitu, cadangan itu tidak diterima dengan baik oleh pihak kelab terutamanya di Eropah.
Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah, UEFA, Aleksander Ceferin turut menyatakan yang rancangan tersebut boleh membunuh bola sepak, dan turut menegaskan yang banyak negara akan boikot kejohanan andai dilaksanakan dua tahun sekali.
Klopp, yang sebelum ini senantiasa tampil mempertikaikan tentang jadual padat serta kebajikkan pemain turut tampil menyokong kenyataan dari Aleksander Ceferin menentang cadangan tersebut.
Dalam sidang media beliau menjelang aksi pertemuan bertemu Leeds United esok, Klopp menyatakan bahawa:
"All about money": Jurgen Klopp slams Arsene Wenger's plan for World Cup every two yearshttps://t.co/V1oRLl0Mns pic.twitter.com/czjyUgr1df
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 10, 2021
“Tidak ada sukan lain dalam dunia ini yang ada jadual terlalu padat. Tidak ada sukan fizikal. Masih banyak permintaan dalam sukan seperti atletik dan marathon, tapi mereka tak berlari 20 ke 30 kali setahun.”
“Kita semua tahu mengapa ia berlaku. Apa saja orang kata ia adalah untuk memberi peluang kepada negara berbeza, pada akhirnya semuanya hanyalah kerana duit, itulah hakikatnya.”
“Tak ada masalah. Tapi pada akhirnya, pada satu titik, seseorang perlu mula memahami tanpa para pemain, ramuan terpenting dalam sukan yang indah ini, kita tak boleh memulakan apa-apa. Tidak ada sesiapa yang lebih penting dari pemain.”
“Bayangkan jika setiap dua tahun, ada Piala Dunia, dan tentunya akan ada European Championship yang juga akan dianjurkan dua tahun sekali. Ia bermaksud untuk pemain kelas atasan, mereka perlu bermain kejohanan besar pada setiap tahun.”
Jurgen Klopp doesn't agree with Arsene Wenger pic.twitter.com/RK7GZZ8wYm
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 10, 2021
“Ia bermaksud, mereka perlu rehat tiga minggu setiap tahun. Semua hal ini mula berlaku sejak beberapa tahun terakhir ini, dengan pelbagai cadangan muncul tentang penambahan perlawanan. Itu tidak betul untuk masa hadapan.”
“Ia jelas tidak penting tentang apa saya katakan, tapi tidak ada sesiapa berfikir tentang pemain ketika mereka memutuskan perlawanan terakhir pada hari Jumaat, dan perlawanan seterusnya pada hari Sabtu.”
“Tapi mereka tak peduli, mereka memang tak peduli. Hanya satu sahaja tujuan dan sasaran mereka, dan hal lain mereka tak berminat.”
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1436605458530410501?s=19
“Tentu akan ada satu titik ketika semua perwakilan duduk bersama dan mula fikir tentang permainan ini dan bukan hanya keuntungan mereka. Saya sudah berusia 54 tahun, saya tak pasti adakah saya masih hidup atau tidak bila tiba waktu itu nanti.”