Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan keputusan kurang memberangsangkan pada perlawanan bertemu Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21 di Anfield awal pagi tadi sebagai kekalahan yang sepatutnya diterima oleh mereka.
Tanpa berselindung, pengendali kelahiran Jerman itu mengakui aksi keempat dalam saingan paling berprestij di Eropah itu bukanlah satu perlawanan yang baik ditampilkan oleh anak buahnya.
Beraksi tanpa tiga tonggak utama di jentera pertahanan sehingga memaksa Klopp menurunkan Rhys Williams, Neco Williams dan Konstantinos Tsimikas di kesebelasan utama nyata menjadi antara penyebab Liverpool mengalami kekalahan pertama di pentas tersebut.
Ia jelas dibuktikan apabila kedua-dua jaringan Atalanta menerusi Josip Illicic dan Robin Gosens berpunca daripada hantaran lintang dalam kawasan penalti yang tidak mampu dikekang barisan pertahanan Liverpool.
”Ini bukan satu perlawanan yang baik. Kedua-dua pasukan tidak mencipta peluang jaringan sehinggalah mereka menjaringkan gol,” ujar Klopp menurut laporan Goal.
”Kekalahan yang wajar buat kami dalam satu perlawanan yang sukar. Pengadil juga tidak banyak meniup wiselnua dan membuatnya ianya bertambah sukar, buat kedua-dua pasukan.”
”Perlawanan yang menunjukkan intesiti yang cukup luar biasa dan anda memerlukan beberapa jaringan.”
”Apabila aksi separuh masa pertama berakhir, anda biasanya akan terbiasa [dengan tempo permainan] tetapi buat beberapa orang pemain yang jarang beraksi, ia merupakan perlawanan yang sangat berintensiti buat mereka.”
”Kami tidak menemui jalan penyelesaian [jaringan] dalam perlawanan ini,”
”Tiada apa yang dapat dilakukan dengan keputusan ini, tetapi tahniah diucapkan kepada anda. Tidak ada kecederaan dan kami akan mencuba lagi dengan lebih baik,” tambah Jurgen Klopp lagi.
Kredit featured image: Jon Super – Pool/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Liverpool:
UCL 2020/21: Rekod Tanpa Kalah Liverpool Lebur Di Tangan Atalanta
Naby Keita Tambah Senarai Kecederaan Liverpool, Tapi Salah Kembali Jalani Latihan