Perpindahan Phillipe Coutinho ke Barcelona telah memberikan suntikan wang yang besar buat Liverpool pada jendela perpindahan ini.
Transaksi bernilai €160 juta yang diterima itu memberikan gambaran bahawa Jurgen Klopp akan berbelanja untuk menambah kekuatan pasukannya.
Bagi pengendali dari Jerman itu, beliau ternyata tidak mahu terburu-buru untuk membelanjakan sejumlah wang tersebut dan gembira dengan kualiti skuad yang dimilikinya kini.
Sebelum perpindahan sensasi Phillipe Coutinho ke Barcelona, Liverpool telah pun merekrut Virgil Van Dijk dengan nilai yang tinggi sekaligus menjadikan pemain antarabangsa Belanda itu sebagai pemain pertahanan termahal dunia.
Jurgen Klopp mengakui gembira dengan barisan pemain yang dimiliki dan beliau turut yakin bahawa para pemainnya berkeupayaan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Coutinho.
Keadaan yang membuatkan beliau berkemungkinan akan menangguhkan urusan pembelian pemain baru hingga jendela musim panas kembali dibuka nanti.
”Saya tidak memikirkan soal wang tersebut. Tiada siapa yang memberitahu saya untuk memikirkan soal wang itu. Kami sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang betul.”
”Jelas sekali kami tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang tersebut, kami telah melakukannya beberapa kali tetapi tidak untuk kali ini. Ianya berkenaan untuk melakukan keputusan yang tepat.”
”Bukanlah untuk mengatakan Adam Lallana adalah pengganti kepada Phillipe Coutinho, tetapi dia sudah kembali. Tenang. Dia adalah seorang pemain yang kreatif dan hebat.”
”Adakah dia mempunyai sepakan percuma yang sama seperti Countinho? Tidak, tetapi banyak perkara yang boleh dilakukannya. Dia membuatkan kami kuat dalam situasi ini.”
”Dan kami mempunyai beberapa pemain lain. Alex Oxlade-Chamberlain ada setiap masa bersama dengan Phil (Coutinho) dan dia melakukan kerja dengan baik, Milly (James Milner) juga, Gini (Wijnaldum). Jadi mereka semua ada dan boleh meningkat dan membangun pada musim ini. Jadi semuanya sungguh baik.