Jurgen Klopp Gesa FIFA Semak Semula Peraturan Perpindahan Pemain Di Liga Arab Saudi

Jurgen Klopp desak FIFA supaya semak semula peraturan perpindahan pemain Liga Arab Saudi yang beliau anggap memberikan impak buruk kepada kelab-kelab di Eropah.

Mimpi ngeri Klopp itu sepertinya bakal menjadi kenyataan selepas pemain kesayangannya, Mo Salah kini sedang hangat dikaitkan dengan bakal menyertai kelab dari Arab Saudi.

Baru-baru ini tular di media sosial berita yang mengaitkan Mo Salah bakal ditandatangani oleh gergasi Arab Saudi, Al Ittihad.

Al Ittihad dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang Liverpool itu pada jendela perpindahan musim panas ini.

Laporan dari Sportzone mendedahkan yang Al Ittihad dan Mo Salah sendiri sebenarnya sudah berjaya mencapai kata sepakat untuk kontrak selama tiga tahun bernilai £189 juta.

David Ornstein dari The Athletic sementara itu mendakwa yang urusan perpindahan itu masih belum pasti kerana kesuntukkan masa dan Salah berkemungkinan akan terus kekal di Anfield.

Ejen Mo Salah, Ramy Abbas sendiri turut pernah memuat naik status menafikan tentang berita tersebut dengan beliau menegaskan anak buahnya akan terus komited dan berikat yang terbaik kepada Liverpool.

Ramy Abbas memuat naik ciapan di laman twitter miliknya dengan menulis:

“Jika kami sedang pertimbang untuk tinggalkan LFC tahun ini, kami tidak akan perbaharui kontrak pada musim panas lalu. Mohamed akan terus komited bersama LFC.”

Salah telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Liverpool pada musim panas lalu selepas beliau ditawarkan gaji bernilai £350,000 dan ia merupakan yang paling tinggi dalam sejarah kelab.

Bahkan sebelum Salah dikaitkan dengan bakal menyertai kelab dari Arab Saudi lagi, Klopp sebenarnya sudah mendesak FIFA supaya menyemak semula peraturan perpindahan pemain Liga Arab Saudi yang ditutup agak lewat berbanding di Eropah.

Jurgen Klopp meluahkan hal tersebut kerana beliau bimbang kelab-kelab di Eropah akan kehilangan lebih ramai pemain dan pada masa sama tidak boleh dapatkan pengganti kerana jendela perpindahan mereka sudah ditutup.

Jendela perpindahan pemain dalam saingan Premier League dan beberapa liga utama Eropah lain ditutup pada 1 September, sementara jendela perpindahan pemain Saudi Pro League pula ditutup pada 20 september.

Berkait hal tersebut, Klopp mendedahkan bahawa:

“Pengaruh dari liga Arab Saudi sangat besar pada ketika ini.”

“Apa yang lebih teruk lagi, jendela perpindahan di Arab Saudi dibuka lebih lama, sekitar tiga minggu lebih lama. Kalau tak salah saya, saya memang dengar hal seperti itu, sementara kita di Eropah hal itu memang langsung tak membantu.”

“Uefa atau FIFA perlu cari jalan penyelesaian untuk itu. Ia sudah mula mempengaruhi kami tapi pada masa sama kami perlu belajar untuk menerima hal tersebut.”

Liverpool sendiri sudah kehilangan dua pemain utama mereka yang menyertai Liga Arab Saudi, dengan bekas ketua pasukan, Jordan Henderson menyertai Al Ettifaq sementara Fabinho pula menyertai Al Ittihad.

Adakah Mo Salah akan jadi pemain ketiga Liverpool yang bakal menyertai kelab Arab Saudi? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN