Dua anugerah individu terbaik bulanan EPL bagi bulan Disember yang lalu adalah milik Liverpool.
Untuk kategori Pemain Terbaik Bulan Disember 2019, Trent Alexander-Arnold adalah pemain yang dinobatkan sebagai pemenang.
Trent Alexander-Arnold cemerlang dalam membantu Liverpool terus berada di tangga teratas carta liga. Beliau menjaringkan 1 gol dan mencipta 3 assist pada Disember.
BREAKING: Trent Alexander-Arnold is named December’s Premier League Player of the Month 🔴 pic.twitter.com/PLmv2HmGoQ
— B/R Football (@brfootball) January 10, 2020
Trent Alexander-Arnold juga menjadi bek sisi pertama yang menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan EPL sejak Ogos 2007, di mana ketika itu Micah Richards yang menang.
Four assists and a goal for @trentaa98 🔥
A SUPERB December for our @StanChart Player of the Month 🙌 pic.twitter.com/RwsAE21y2f
— Liverpool FC (@LFC) January 9, 2020
Trent Alexander-Arnold berjaya menewaskan calon lain termasuk
Emi Buendia, Dominic Calvert-Lewin, Kevin De Bruyne, Ben Foster, Danny Ings, Adama Traore dan Jamie Vardy.
Sementara untuk Anugerah Jurulatih EPL Terbaik Disember 2019 pula milik pengendali Liverpool dari Jerman iaitu Jurgen Klopp.
Jurgen Klopp kini mencipta sejarah menjadi pengurus pertama memenangi anugerah itu 4 kali dalam semusim liga perdana Inggeris.
4 – Jurgen Klopp has won the Premier League 'Manager of the Month' award for the fourth time in 2019/20; no manager has ever won the award on five occasions in a single Premier League season. Grip. pic.twitter.com/CyCQuYvkNd
— OptaJoe (@OptaJoe) January 10, 2020
Beliau juga telah membimbing Liverpool menang 5 perlawanan liga dalam jadual yang sangat padat sepanjang Disember.
5️⃣ #PL wins
1️⃣3️⃣ points clear at the 🔝@LFC's Jurgen Klopp is the @BarclaysFooty Manager of the Month for December 🔴#PLAwards pic.twitter.com/M2kbEmkS8h— Premier League (@premierleague) January 10, 2020
Klopp menewaskan dua calon lain iaitu Nigel Pearson (Watford) dan juga Ole Gunnar Solskjaer (Manchester United).
Tahniah kepada pemenang.