Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kini mengakui beliau bersedia untuk berikan tentangan sengit dalam aksi pusingan keempat FA Cup awal pagi Isnin.
Mereka yang bakal bertemu musuh tradisi, Manchester United di Old Trafford mahu menjadikan perlawanan ini sebagai batu loncatan kepada prestasi tidak menentu pasukan.
Katanya pada sidang media pra-perlawanan, Klopp 100% bersedia untuk aksi yang cukup menarik ini.
“Kami semua sudah bersedia, bersedia untuk berlawan, 100%.”
“Cuma pada masa sekarang kami tidak menggunakan ‘alatan’ yang betul, itu adalah benar dan itulah yang kami perlu betulkan dan baiki. Itulah yang kami buat.”
Klopp menyifatkan cabaran yang dihadapi oleh beliau dan skuad Liverpool adalah dari orang luar dan juga pihak televisyen yang sering berbual mengenai prestasi pasukan mereka.
“Masalah yang kami hadapi adalah dari pihak luar dan televisyen, ini bermakna setiap langkah kecil kami pun diperhatikan oleh mereka, ke mana arah yang kami tuju.”
“Ianya seronok apabila kita berada dalam prestasi terbaik tetapi apabila kita berada dalam prestasi yang kurang baik, keseronokkan itu tidak sama. Apa pun, itulah perkara yang perlu dilakukan.”
Liverpool sudah lima perlawanan tidak mencatatkan kemenangan dengan empat daripadanya tiada sebarang gol dihasilkan The Reds.
Lebih memedihkan, kekalahan di tangan Burnley tempoh hari mematikan rekod tanpa kalah mereka di Anfield selepas 68 perlawanan.
Baca juga artikel kami mengenai Jurgen Klopp:
Jurgen Klopp Enggan Terlalu Memikirkan Tentang Kedudukan Liga (semuanyabola.com)
Jurgen Klopp: Salah Kami, West Brom Memang Berhak Raih Mata (semuanyabola.com)