Jurgen Klopp Bakal Ubah Posisi Nunez Menjelang Aksi Bertemu Spurs

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menukar peranan penyerang utamanya, Darwin Nunez menjelang aksi bertemu Tottenham Hotspur nanti.

Nunez tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, selepas beliau berjaya menjaringkan lima gol dari tujuh penampilan terakhirnya bersama kelab.

Jelas sekali bintang kebangsaan Uruguay itu tidak menunggu terlalu lama untuk bersinar di Anfield, dengan beliau memikul bebanan sebagai antara pemain termahal kelab pada ketika ini.

Klopp mendedahkan bagaimana kesukaran pemain penyerang itu untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru dengan Nunez sendiri turut mengakui beliau bergelut untuk memahami budaya serta bahasa Inggeris.

Bekas bintang Benfica itu mengakui yang kesukaran beliau untuk memahami bahasa Inggeris merupakan faktor utama mengapa beliau sukar untuk menjadi.

Beliau kini sudah berjaya menjaringkan tujuh gol dan turut mencatatkan 2 assists dari 15 penampilan bersama Liverpool.

Perlahan-lahan Nunez sepertinya sudah hampir berjaya untuk membuktikan kepada semua tentang mengapa kelab perlu membayar nilai yang begitu besar untuk membawanya ke Anfield.

Namun begitu, walau beliau ditandatangani sebagai pemain penyerang tengah, namun Nunez sebenarnya boleh bermain di pelbagai posisi di bahagian serangan.

Hal itu menyebabkan Klopp sedang dalam pertimbangan mahu mengubah peranan pemain penyerang itu menjelang aksi bertemu Spurs minggu ini.

Menurut laporan daripada Liverpool Echo, The Reds kini sedang mempertimbangkan untuk mengubah posisi Nunez dari pemain penyerang tengah kepada pemain sayap kiri.

Hal itu secara tak langsung akan membenarkan Jurgen Klopp untuk kembali menggunakan formasi 4-3-3 yang mana itulah kunci sebalik kejayaan gemilang beliau di Anfield.

Roberto Firmino akan dimainkan di bahagian hadapan, Mohamed Salah akan bermain di sebelah kanan dan Darwin Nunez akan bermain di bahagian kiri.

Pengurus dari Jerman itu sebenarnya sudah beberapa kali merombak jentera serangan beliau sejak beberapa minggu terakhir ini.

Kehilangan pemain seperti Luis Diaz dan Diogo Jota yang sedang dibelenggu masalah kecederaan sebenarnya benar-benar mengganggu percaturan Jurgen Klopp.

Nunez akan bermain di posisi sayap kiri dan beliau mungkin hanya akan bermain di posisi itu untuk tempoh sementara waktu sahaja.

Diogo Jota dan Luis Diaz berkemungkinan tidak akan bermain sehingga tamat kempen Piala Dunia nanti dan posisi Nunez mungkin akan berubah andai kedua-dua penyerang itu kembali beraksi.

Pemain kebangsaan Uruguay itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi kemenangan 2-0 Liverpool menewaskan Napoli dalam saingan Champions League kemarin.

Beliau dalam perlawanan tersebut sebenarnya sudah mula bermain di posisi sayap kiri.

Nunez menjaringkan gol kedua dalam perlawanan tersebut, seterusnya membantu Liverpool untuk mencatatkan kemenangan berdepan gergasi Serie A itu.

Kini, dengan Klopp sudah melihat Nunez mampu bermain dengan baik di posisi sayap kiri, jelas sekali bintang berusia 22 tahun itu akan lebih berpeluang untuk membuktikan sesuatu dengan bermain di posisi baru.

Beliau sangap diharapkan akan mampu mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dan membantu Liverpool untuk kembali menemui landasan kemenangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN